Tanpa 1.5 juta warga Bangladesh,ekonomi Malaysia akan lambat dan kurang berdaya saing.

0 8

1.5 juta warga Bangladesh

Tanpa 1.5 juta warga Bangladesh,ekonomi Malaysia akan lambat dan kurang berdaya saing.

Malaysia memerlukan pekerja asing dari Bangladesh bagi memastikan pertumbuhan ekonomi negara terus mampan.  Menurut Presiden Majlis Belia Selangor, Datuk Irmohizam Ibrahim, warga belia tidak perlu bimbang mengenai hasrat kerajaan kerana warga asing ini hanya akan ditempatkan di sektor yang kurang diminati untuk diceburi rakyat tempatan.

“Wahai belia Selangor jangan bimbang, mereka (warga Bangladesh) ini hanya terlibat dalam sektor anak muda Malaysia kurang ceburi.  “Malaysia perlu pekerja asing di sektor pembinaan, kilang, perladangan dan pertanian,” kata pada Perhimpunan Agung Tahunan Majlis Belia Selangor ke-32, di Resort dan Pusat Konvensyen Intekma UiTM, di sini hari ini.

BACA: Pekerja bangladesh diberikan kerja kerana rakyat Malaysia enggan kerja kotor dan berat

Jelas Ahli Parlimen Kuala Selangor itu, tanpa 1.5 juta warga Bangladesh ia akan menyebabkan ekonomi Malaysia lambat dan kurang berdaya saing. “Tanpa pekerja asing memenuhi sektor, ini boleh menyebabkan ekonomi Malaysia lambat dan kurang bersaing,” kata beliau lagi.  Sebelum ini, kerajaan digesa membersihkan kebanjiran pendatang asing sedia ada dalam negara sebelum membawa masuk 1.5 juta pekerja Bangladesh, kata Persekutuan Pengilang-pengilang Malaysia (FMM). Bagaimanapun, kenyataan itu berbeza dengan alasan diberikan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang berkata kemasukan 1.5 juta pekerja Bangladesh bagi memenuhi permintaan pemain industri.

Komen anda?

Komen

Leave A Reply

Your email address will not be published.