4 kegagalan genius paling terkenal di malaysia

0 59

Nur Amalina Che Bakri

4 kegagalan genius paling terkenal di malaysia

Nur Amalina Che Bakri adalah merupakan anak tunggal kepada pasangan Sabariah Hassan seorang guru dan bapanya Che Bakri seorang jurutera DBKL.   Beliau mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan SPM 2004 dengan memperoleh 17A1.   Beliau bercita-cita untuk menjadi pakar perbidanan dan sakit puan.   Selepas mendapat keputusan cemerlang itu, Amalina mendapat tajaan penuh dari Bank Negara untuk buat A-Level sebelum memasuki University Of Edinburgh, Scotland bagi melanjutkan pelajarannya dalam bidang perubatan.   Tak lama kemudian tersebar di internet cerita dia gagal dalam peperiksaan dan sudah pun pulang ke Johor Bahru,selepas itu dikejutkan dengan gambar yang dikatakan perubahan yang agak ketara (seksi) Nur Amalina Che Bakri. Mengejutkan, bila seorang yang dulunya dijadikan idola, kini hanyut dengan kebebasan di luar negara.

MOHD SHUKRI HADAFI

4 kegagalan genius paling terkenal di malaysia

Dulu negara pernah dihadiahkan dengan seorang kanak-kanak genius yang sudah mampu membaca surat khabar di usia tiga tahun,   bernama Mohd. Shukri Hadafi.   Kanak-kanak genius ini kemudiannya diambil berlakon oleh Jins Shamsuddin di dalam filemnya Menanti Hari Esok (1976/7) .   Prof. Diraja Ungku Aziz telah mengambil kanak-kanak genius itu sebagai anak angkat bagi membolehkannya mendapat perhatian dan pendidikan yang lebih rapi.   Bagaimanapun, beliau juga akhirnya melalui detik-detik hitam sepanjang menempuh alam remaja dan dewasa, tiba-tiba kita dikejutkan dengan berita pada akhir 90’an bahawa beliau bekerja sebagai penebar roti canai!   Ada cerita yang memberitahu beliau menjual kelapa di Padang Terap, malah yang tidak enaknya ialah kisah beliau menjadi penagih dadah.

SUFIAH YUSOF

4 kegagalan genius paling terkenal di malaysia

Kisah seorang lagi anak Malaysia yang genius yang gagal,   Sufiah Yusof. Anak kepada pasangan Halimahton dari Muar dan bapanya, Yusuf, berasal dari Pakistan, Sufiah Yusuf mencipta sejarahnya yang tersendiri apabila beliau diterima masuk ke pengajian di Universiti Oxford pada usia 13 tahun.   Masa tu media penuh dengan berita kehebatannya..  Apa yang dia makan?..  Cara dia belajar?..  Berapa jam Tido… semua tu dijadikan contoh kepada anak-anak pelajar sekolah masa tu.   Namun pada usia 15 tahun, Sufiah telah menghilangkan diri dari kampus hingga kemudiannya ditemui di Bournemouth, dan bekerja di sebuah hotel di sana.   Dia enggan pulang kepada keluarga, yang disifatkannya seperti hidup dalam neraka,   Sufiah diletakkan di bawah jagaan sebuah pertubuhan sosial untuk kembali penyambung pengajian sarjananya di Oxford.   Hidup Sufiah terus tidak keruan, apabila perkahwinannya pada usia 19 tahun dengan Jonathan Marshall, runtuh hanya kira-kira setahun selepas diijabkabulkan. Tidak lama kemudian, Bapanya pula ditangkap atas dakwaan mencabuli dua kanak-kanak berusia 15 tahun yang mengikuti kelas tusyen accelerated leaning kendaliannya.   Dengan kebanyakan orang membayangkan Sufiah Yusuf bakal menjadi seorang genius atau sesuatu yang luar biasa sewaktu dia menjejakkan kaki ke Oxford,   sebaliknya pula berlaku apabila Sufiah mencatatkan sesuatu yang lebih dahsyat apabila mencari nafkah dengan menjadi pekerja sosial.   Sufiah mendapatkan wang dengan menjaja tubuhnya untuk memperoleh kira-kira RM828.99 untuk satu sesi perkhidmatan.  Yang pasti di sebalik pendedahan itu, ia bagaikan halilintar kepada masyarakat Malaysia, lantaran berita yang tidak pernah terlintas itu akan berlaku.

CHIANG TI MING

 Tak banyak kisah mengenai Chiang Ti Ming yang menjadi pelajar termuda di California Institute of Technology (CalTech). Chiang,   ketika berumur 15 tahun pada masa itu,   bukan sahaja pelajar termuda California Institute of Technology (CalTech)  tetapi juga di kalangan “Top 5  keputusan terbaik. Antara kejayaannya,   beliau menjadi pelajar termuda yang pernah menerima Anugerah “Undergraduate Students Merit Award” selama dua tahun berturut-turut di CalTech.   Kerana kepandaiannya yang luar biasa beliau kemudiannya melanjutkan dan berkelulusan doktor falsafah dalam fizik zarah di Cornell Universiti di New York.   Pada tahun 2002 dia telah dimasukkan ke HKL selepas dikatakan mengalami gejala-gejala kemurungan dan tekanan perasaan yang amat teruk. Dia kemudiannya meninggal pada 6 Januari 2007 di Seremban

Justeru itu, kita terfikir apakah malang nasib anak yang genius?   Mengapa di sebalik kepintaran mereka yang kebanyakan kita fikir akan menjadi aset negara yang terbilang, berakhir dengan episod hitam?   Dalam kes Shukri, ada yang menyalahkan sistem pendidikan kita yang tidak cukup baik.   Sistem pendidikan kita dikatakan tidak cukup menyokong pelajar pintar.  Tetapi mengapa Sufiah juga menemui kegagalan.  Adakah dia belajar di Malaysia?..   Dengan sistem pendidikan yang lebih moden dan tersusun, mengapa Sufiah turut terjerumus dengan pekerjaan keji.   Memang tidak dapat kita nafikan sistem pendidikan kita, masih perlu dipertingkatkan untuk menyediakan satu ruang pembelajaran yang lebih kondusif untuk pelajar istimewa yang dikurniakan kepintaran luar biasa.

Komen anda?

Komen

Leave A Reply

Your email address will not be published.