5 tips diet tanpa produk dan berlapar sepanjang hari

0 10

diet tanpa perlu berlapar

Anda mahu berlapar sepanjng hari atau memilih cara yang menyeksakan untuk kurus dengan cepat?apabila mengamalkan diet seseorang itu tidak boleh lari daripada rasa lapar.Diet sebegitu juga pasti membosankan,bukan?Tahukah anda,anda sebenarnya boleh makan banyak sewaktu sarapan?Itu baru satu,msih banyk lagi cara yang menyenangkan agar anda tidak merasa terlalu seksa ketika berdiet.Dengan syarat,anda tetap mengawal porsi dan komposisi makanan anda itu.Maksudnya pilih la makanan yang seimbang dan kaya dengan zat.

Disini hibura.my menyenaraikan beberapa tips yang bagus untuk anda berdiet tanpa rasa lapar atau menyeksakan sepanjang hari.

1.Makanan lazat tidak dilarang.

Tidak semestinya anda tidak boleh menikmati makanan-makanan yang lazat walau sedang berdiet.Tahukah anda perlu mengambil makanan yang kaya citarasa.Makanan dengan rasa lazat dapat mempengaruhi seseorang merasa lebih cepat kenyang walau hanya makan sedikit.Kalori yang masuk juga sedikit.Namun pilih la pemanis yang rendah kalori dan penyedap semulajadi.

2.Boleh makan banyak di pagi hari.

Pada pagi hari metabolisme tubuh berada dalam kadar yang paling tinggi.Anda disarankan untuk mengambil kalori dalam jumlah yang besar ketika bersarapan.Kajian menunjukkan bahawa wanita obes yang mengambil 6oo  kalori ketika sarapan berjaya menurunkan berat badan sebnyak 20kg dalam tempoh lapan bulan.Kuncinya adalah sarapan perlu lengkap dengan menu yng terdiri daripada protein,karbohidrat dan lemak.Untuk membantu menurunkan berat badan,sarapan sebaiknya mengandungi 500 kalori dengan komposisi 55-60 peratus karbohidrat.15 peratus protein dan 30 peratus lemak.

3.Cukup tidur,tidak mudah lapar

Tidak perlu takut gemuk walau anda banyak tidur .Waktu tidur mereka yang berlebihan berat badan lebih sedikit berbanding mereka yang berat normal.Tambahkan waktu tidur selama 20 minit permalam.Otak akan dirangsang untuk menghasilkan lebih banyak hormon leptin untuk menekan selera makan dan menurunkan penghasilan hormon penyebab lapar.

4.Hentikan diet yang ketat

Bermati-matian berdiet demi menjadi langsing akan membuatkan anda lebih tertekan.Akibatnya,ketika berat badan yang anda mahu sudah tercapai,anda akan teruja untuk makan apa sahaja anda ingin makan selama ini.Diet yang ketat berisiko untuk kembali ke berat badan asal dalam tempoh beberapa bulan.Bahkan lebih dari berat badans ebelumnya.Amalkan pola pemakanan yang sihat dan logik.Contohnya tetap makan 3 kali sehari ditambah 2 kali makan secara selingan.

5.Boleh makan selepas jam tujuh malam

Selama ini ramai yang beranggapan pada waktu malam metabolisma tubuh adalah perlahan.Selain itu aktiviti anda juga tidak sepadat pada waktu siang hari sehinggakan tidak memerlukan kalori terlalu banyak.Sebenarnya anda boleh makan nasi lengkap serta lauk yang seimbang.Disarankan juga anda mengambil kudapan tidak lebih daripda 150 kalori.Maka kadar gula darah akan stabil sepanjang malam.Anda tidak perlu terjaga dalam keadaan lapar pada waktu malam.Berhenti sejam sebelum tidur.Proses pencernaan memerlukan sejam untuk mencerna makanan,Kurangkan porsi makan malam jika anda tidak bercadang melakukan aktiviti sesudahnya.

Komen anda?

Komen

Leave A Reply

Your email address will not be published.