50000 kakitangan Petronas dijamin tidak akan tergugat

0 6

 

50000  kakitangan Petronas dijamin tidak akan tergugat

 

Kerajaan hari ini memberi jaminan bahawa 50,000 kakitangan Petronas tidak akan terjejas, walaupun syarikat petroleum negara itu berdepan krisis penurunan harga minyak.   Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Razali Ibrahim berkata, pelbagai langkah penjimatan dilakukan, termasuk mengurangkan perbelanjaan sebanyak 15 peratus.
“Pendapatan berkurangan dari segi cukai korporat tahun 2013 dan bayaran tunai sebanyak RM23 bilion dan 2014 sebanyak RM25 bilion.  “Komitmen kita adalah, kita akan kekalkan 50,000 pekerja, kerana pengurangan perbelanjaan itu tertakluk kepada pembiayaan mesyuarat dan program korporat yang lain.  “Untuk kekalkan operasi, kita perlu tambahan pekerja bukan kurangkan,” katanya bagi menjawab soalan Ahli Parlimen Kepala Batas, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican di Dewan Rakyat, hari ini.

Jelas Razali, beberapa langkah penjimatan telah diambil, antaranya ialah menilai semula pelaburan bagi mengekalkan pengeluaran sedia ada.   Menurut Ahli Parlimen Barisan Nasional Muar itu, kadar pengeluaran domestik petroleum buat masa ini ialah sekitar 500,000 hingga 700,000 tong sehari.   “Kita juga mengiatkan usaha tertentu dalam amalan pengurusan serta usahasama dan kerja-kerja teknikal, bagi memastikan hasil pengeluaran yang sama.   “Diharapkan dengan langkah ini, urus takbir korporat yang tinggi, di samping bantuan kerajaan yang jitu, Petronas yang merupakan syarikat tunggal Malaysia akan terus kekal berdaya saing dalam berdepan situasi mencabar dalam tempoh lima tahun mendatang,” katanya.  Langkah penjimatan itu dibuat bagi tempoh lima tahun ini untuk Petronas berdepan keadaan turun naik harga minyak.

Komen anda?

Komen

Leave A Reply

Your email address will not be published.