Adira mengaku sah jadi Isteri Kedua Datuk Seri Adnan Abu

0

“Adira mengaku sah jadi Isteri Kedua Datuk Seri Adnan Abu”

Berita yang tersebar bahawa Adira sudah berkahwin dan menjadi isteri kedua ternyata benar apabila Adira sendiri mengesahkan perkara itu.   PENYANYI Adira Suhaimi, 24; akhirnya mendedahkan dia sudah pun  bernikah dan kini bergelar isteri kedua kepada seorang  bergelar Datuk Seri sejak tiga minggu laluMaka terjawablah teka-teki mengenai status terkini penyanyi berkulit cerah itu.

Memetik Harian Metro,  Adira menjelaskan dia berdiam diri, tidak memberitahu perkara sebenar mengenai perkahwinannya itu bukan kerana ingin menyembunyikannya,  sebaliknya dia mahu menjaga hati banyak pihak.

Kata Adira:

“Memang betul saya sudah berkahwin dan isteri kedua kepada Datuk Seri Adnan Abu. Saya berdiam diri bukan kerana nak lari atau menyembunyikan perkara sebenar, sebaliknya saya mahu menjaga hati banyak pihak.

“Perincian berkenaan majlis kami, saya tak mahu kongsi kerana lebih baik pihak lelaki yang memaklumkan perkara itu,” katanya.

 

Adira mengaku sah jadi Isteri Kedua Datuk Seri Adnan Abu

 

Berita mengenai perkahwinan Adira mula tersebar selepas madunya yang dikenali sebagai Datin Red membuat pendedahan di ruangan komen gambar di Facebook milik penyanyi itu dengan menulis bahawa dia dan Adira berkongsi suami.  Dengan pengakuan Adira ini, maka terbongkarlah sudah teka-teki yang menyelubungi kehidupan bermadunya sebelum ini. Moga Adira berbahagia disamping suaminya yang tercinta.

Bagi kami tidak salah menjadi isteri ke-2 asalkan isteri pertama redha dan terima seadanya serta si suami mampu berlaku adil .Selamat Pengantin baru !

Komen anda?

Komen

Leave A Reply

Your email address will not be published.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More