Ahmad Maslan berdarah pendekar?

0 4

 

Ahmad Maslan berdarah pendekar

Ahli Parlimen Pontian itu memaklumkan bahawa dirinya adalah Penasihat Majlis Pendekar Malaysia.   Siapa sangka Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan mempunyai kehebatan dalam dunia persilatan. Dalam status ucapan takziah yang dimuat naik di laman Twitternya,   sempena kembalinya ke rahmatullah, tokoh Pendekar Negara,  Tan Sri Omardin Mauju, Ahli Parlimen Pontian itu memaklumkan bahawa dirinya adalah Penasihat Majlis Pendekar Malaysia.

“Negara kehilangan Mahaguru Tokoh Persilatan TanSri Omardin. Allahyarham lantik saya sbg Penasihat Majlis Pendekar Msia,” tulis beliau.   Status yang dimuat naik itu kemudian mendapat reaksi daripada pengikut Ahmad.  Dalam status yang dimuat naik sebelum itu, beliau turut berkongsi gambar dan mengimbau saat-saat manisnya dengan pengasas Pertubuhan Seni Silat Lincah Malaysia (PSSLM),  yang menghembuskan nafasnya pada pagi Sabtu.

Komen anda?

Komen

Leave A Reply

Your email address will not be published.