Aksi polis bantuan merokok di zon larangan merokok jadi viral

0 13

Aksi polis bantuan merokok di zon larangan merokok jadi viral

 

 

Rakaman gambar dua anggota polis bantuan merokok di zon larangan merokok telah tersebar di laman sosial.Gambar terebut yang asalnya dimuat naik oleh sebuah page komuniti di Facebook telah mendapat 2700 ribu perkongsian sehingga ke hari ini.   Rata-rata memberi kritikan dan tidak kurang juga teguran ‘pedas’ terhadap anggota polis bantuan terbabit.

“Dia orang memang tak mahu ikut peraturan/undang-undang.   Tetapi kita rakyat biasa diwajibkan pula ikut peraturan.  “Kalau tidak, kena saman,”   kata seorang pengguna Facebook yang jelas sekali berang dengan tindakan dua anggota berkenaan.   Meskipun ramai yang meluahkan rasa tidak puas hati,  tampil segelintir individu yang menyelar  ‘keyboard warrior’  tersebut agar jangan bersikap hipokrit.

“Jangan jadi hipokrit dan menunding jari terhadap orang lain.    Polis juga adalah manusia yang tidak lari dari membuat kesilapan.  “Mungkin anda semua juga pernah merokok di tempat larangan sama ada dalam sedar ataupun tidak,”   katanya individu berkenaan.  Sewajarnya, mana-mana pegawai beruniform haruslah memberikan contoh dan teladan yang baik kepada orang awam.  Jangan kerana tindakan seperti ini, habis imej polis bantuan dan PDRM turut tercalar.  Sudahlah masyarakat kita suka mencari kesalahan orang, nanti makin teruk pula jadinya

Komen anda?

Komen

Leave A Reply

Your email address will not be published.