Ali Tinju ditangkap dibawah akta hasutan berhubung kes kecoh low yat

0 14

Ali Tinju ditangkap dibawah akta hasutan berhubung kes kecoh low yat

Pihak Polis Di Raja Malaysia telah menahan Presiden Persatuan Veteran Tentera Melayu, Mohd Ali Baharom, di bawah akta hasutan bagi membantu siasatan berhubung kekecohan di Plaza Low Yat, pada pagi Isnin.  Lebih dikenali sebagai  Ali Tinju, dia ditahan kerana didakwa membuat ucapan bersentimen perkauman selepas videonya viral dan tersebar di media sosoal ketika di di luar plaza Low Yat itu pada malam Ahad, demikian menurut China Press..Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Zainuddin Ahmad mengesahkan penahanan Ali Tinju dibawah akta berkenaan.

Ali Tinju meula dikenali ramai selaps beliau telah melakukan “senaman punggung” di luar rumah bekas pengerusi Majlis Peguam, Datuk S. Ambiga pada tahun 2012 sebagai tindakbalas kerana penganjuran perhimpunan Bersih. Ia sebagai respons kepada peranan Ambiga dalam penganjuran perhimpunan BERSIH untuk menuntut pilihan raya yang bebas dan adil.

Saksikan video penuh ucapan Ali tinju dibawah:

Komen anda?

Komen

Leave A Reply

Your email address will not be published.