Bakal pengantin meninggal ditumbuk disebabkan tertinggal budak sekolah

0 5

Bakal pengantin

Seorang bakal pengantin berakhir dengan satu tragedi tragis apabila meninggal dunia selepas dipukul di Klang. Menerusi satu posting bergambar yang dimuat naik di laman Facebook Malaysian Respond Team, mangsa, Mohd Izhharuddin Nordin, 24, yang merancang mendirikan rumah tangga pada 20 Februari ini, maut setelah ditumbuk seorang lelaki di tepi Jalan Kampung Sungai Udang, pada malam Rabu (3 Februari).

bakal pengantin

bakal pengantin

 

Difahamkan, kejadian berpunca apabila mangsa yang merupakan seorang pemandu van sekolah tertinggal mengambil anak saudara suspek pulang dari sekolah agama sekitar jam 7 malam.  Suspek yang berang dikatakan mengekori van dipandu arwah dengan motosikal sebelum bertindak menahannya di bahu jalan lalu bertindak ganas membelasah mangsa sehingga maut.
Menurut laporan akhbar tempatan, Ketua Polis Daerah Klang Selatan Asister Komisioner Azman Abdul Razal ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan memberitahu suspek yang berusia 29 tahun telah ditahan pihak polis. “Sebaik van diberhentikan, berlaku pertengkaran mulut di antara mereka sebelum suspek bertindak menumbuk mangsa sehingga mangsa tidak sedarkan diri. Mangsa kemudian meninggal dunia dalam van tersebut. Ekoran itu, sepasukan anggota polis bertindak memberkas suspek kira-kira sejam selepas kejadian di rumahnya.”  Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan bedah siasat akan dilakukan esok di Hospital Tengku Ampuan Rahimah(HTAR) Klang.

Komen anda?

Komen

Leave A Reply

Your email address will not be published.