Bateri Rokok Elektronik Meletup

0

Bateri Rokok Elektronik Meletup

Bateri Rokok Elektronik Meletup

| Seorang lelaki yang cuba menyingkirkan tabiat merokok dengan menyedut rokok elektronik, ditimpa malang apabila ia meletup dalam mulutnya akibat kerosakan bateri.
Ekoran letupan itu, beberapa batang gigi depannya tercabut, secebis lidahnya terputus dan wajahnya turut terbakar teruk, kata pegawai bomba, semalam.

“Analogi terbaik adalah ia seperti meletakkan botol berisi roket dalam mulut anda lalu ia meletup,” kata Ketua Bahagian Jabatan Bomba North Bay, Joseph Parker.

“Bateri tercampak daripada tiub dan menyebabkan alat itu terbakar,” katanya.

Pegawai bomba tidak mendedahkan identiti mangsa berikutan polisi jabatan itu, tetapi laman Facebook di bawah nama Tom Holloway, 57, dipenuhi dengan pengunjung yang memberikan komen mengenai kecederaan itu dan pencarian di pangkalan data menunjukkan alamatnya pada laporan di jabatan bomba berpadanan dengan namanya.

Holloway berada di pejabat di kediamannya apabila alat itu meletup menyebabkan kusyen kerusi, gambar, permaidani dan alatan pejabat terbakar.

Kotak bateri hangus yang ditemui di atas cebisan permaidani cair kelihatan seperti alat untuk merokok. – AFP

P/s: Menurut artikel di atas ada jawapan yang saya terima kenapa bateri rokok itu meletup..

Dia pakai BOX MOD (KOTAK ROKOK ELEKTRONIK UBAHSUAI). Bukan standard e-cigarette. Kalau box mod diy (Seperti org2 amerika dan eropah selalu buat) untuk menambahkan voltage dan vapor. Biasanya BOX MOD nie run 3.7 volt x 2pc battery = 7.4 Volt. Bukan variable voltage. Pakai plak bateri unprotected (Tanpa perlindungan tambahan), tekan tak berhenti2. Siaplah. Memang protected bateri agak mahal sebab tuelah kebanyakan orang ambik unprotected version sebab murah. Paling tinggi bagi rokok elektronik standard ialah range 3.0 volt – 6 volt SAHAJA. Klo lebih memang tak digalakkan dan memang pengilang takkan buat. So jangan buat sendiri (DiY). Harap penghisap rokok elektronik tahu pasal nie.

Bateri Rokok Elektronik Meletup

Komen anda?

Komen

Leave A Reply

Your email address will not be published.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More