“Kan kita dah bayar yuran,jagalah budak demam pun. Ni nak budak yang sihat je”

0 9

Luahan hati ini dikongsi oleh Puan Ruhana Salleh yang menceritakan kisah perbualannya dengan seorang ibu yang tidak berpuas hati dengan perkhidmatan taska anaknya.Luahan ini ditulis semula untuk siaran di HIBURAN.MY

Kan kita dah bayar yuran,jagalah budak demam pun

 

 

Ada ibu yang mengadu… katanya taska anak dia… tak mahu terima budak-budak demam. Asal budak demam je…pihak taska akan call ibu… minta datang jemput anak dia… hantar ke klinik. Kalau macam ni..teruklah… macamana saya nak fokus kerja? Kan kita dah bayar yuran…jagalah budak demam pun. Ni nak budak yang sihat je. Sakit tak nak jaga..

Saya diam. Saya dengar.  Ibu itu menyambung lagi… sepatutnya pihak taska sediakanlah ubat. Budak-budak kan selalu demam. Takkan tak ada ubat demam di taska. Yuran mahal-mahal… ubat pun kedekut nak beli. First aid ada…tapi ubat demam tak ada. Apa punya taska. Nak untung je lebih.

Saya diam. Saya senyum.

Ma sya Allah… ada lagi ibu yang tak faham rupanya….

Kepada Puan,
Cikgu taska adalah pengasuh…mereka bukan jururawat terlatih. Jadi jangan biarkan budak sakit untuk dia jaga.
Cikgu taska bukan jaga anak anda sorang… anak demam dan sakit perlukan perhatian dan jagaan yang lebih. Ibu lebih patut berada di sisi anak. Lagi pun….mmg anak demam dan sakit TIDAK BOLEH di hantar ke taska. Ini peraturan.  Taska bukan farmasi. Kita tak bekalkan ubat. Nak suap ubat kpd anak pun kita kena ada kebenaran bertulis dari ibubapa. Risiko nya… kami tak berani tanggung… apatah lg nak suap ubat yang bukan di syorkn oleh doktor kepada anak itu. Ini adalah di larang. Errr…. dlm first aid memang tak ada ubat demam.  Saya tanya…berapa yuran taska anak puan… dengan cepat si ibu menjawab… RM280. Dah lah buka 5 hari je seminggu. Nak hantar hari sabtu pun minta cas lain. Teruk!!!
Lalu saya bertanya lagi… berapa yuran yang puan rasa patut puan bayar untuk satu hari orang jaga anak puan? Jaga dari pagi sampai petang… mandikan … Suap makan .. bancuh susu… basuh botol susu dia…basuh kencing berak dia… tukar lampin… pujuk di kala anak menangis… main bersama agar anak gembira…. asuh lg… ajar anak bercakap… mendengar cerita anak… beri dia kasih sayang di saat ibu tiada di sisi… buat aktiviti bersama… jaga dari bahaya… beri perhatian… berapa yuran nak bayar sehari atau sejam?

Dia terdiam. Mungkin sedang mencongak… saya senyum. Kiralah… congaklah… saya dah lama congak… saya dah lama kira… kalau setakat rm280 tu… toksah dengkilah… tak kaya raya pun pengusaha taska tu. Kalau rm280 tu besar sangat… jaga sendiri lah anak. Saya dah lama kira…saya dah lama congak.

Dia masih diam…. mungkin belum habis kira. Saya senyum dan berlalu…. biarkan dia dengan kira-kira dia yang belum habis…

Anda nak tolong puan ni kira??? Silakan….

## ini bukan kes di taska saya. saya kongsikan aduan ibu ini untuk kita fikirkan bersama.
#‪#‎oh‬ ye…. purata hari taska beroperasi kalau buka 5 hari seminggu adalah 22 hari sebulan.

Kalau hntar anak jam 7.30 pagi….jemput jam 5.30 ptg… maknanya 10 jam sehari.

Silalah kira
Rm 280÷ 22 hari ÷ 10 jam =
Mahal ke??

Komen anda?

Komen

Leave A Reply

Your email address will not be published.