Bercinta,bertunang dan berkahwin dengan orang berbeza

0 30

 Bercinta,bertunang dan berkahwin dengan orang berbeza

 

Terasa nak cerita sesuatu buat inspirasi kepada adik-adik, kakak-kakak dan abang-abang yang pernah putus cinta, yang pernah kehilangan orang tersayang, yang pernah rasa down atau rasa diri ini tak guna untuk terus hidup.

Allah, bukannya nak membuka aib sendiri atau apa, cuma nak kongsi buat kebaikan bersama. Ianya dari pengalaman saya sendiri.  Bercinta dengan orang lain, bertunang dengan orang, berkahwin dengan orang lain. Pelik? Kawan-kawan terkejut dengan kad jemputan.

“Aik? Kenapa orang lain?”

Surprise sangat kan? Huhu. Okay, berbalik pada cerita asal, jodoh itu memang rahsia Allah. Kalau kita sayang pada pasangan kita macam mana pun, tetapi kalau Allah dah kata itu bukan jodoh kita, jadi memang tidak akan jadi akad dan nikah itu.   Ye, saya bertunang dengan orang lain dan jodoh kami tidak berpanjangan. Ya Allah, rasa sedih yang amat-amat sangat. Rasa hilang semangat untuk hidup.  Rasa semua yang dilakukan serba tidak kena. Ditambah pula pada masam itu macam-macam kecelakaan yang berlaku pada saya.  Kereta cermin dipecahkan semasa di lampu isyarat, ayah pula tengah sakit di hospital. Bermacam-macam dugaan menimpa diri ini. Lagi satu fasa nak ke alam perkahwinan, sedih kan?

Masa itu, saya sudah mula bekerja di Bangi, jadi tak dok rumah Ampang. Jauh kot nak ulang alik Ampang-Bangi. Saya duduk menumpang di rumah kakak di Kajang. Hidup memang sepi tanpa insan tersayang mak dan ayah. Tambah pula baru putus tunang, adeh, bertapa tertonggengnya rasa hidup saya.   Saya mula mengauditkan diri. Kenapa? Limaza? Kenapa saya? Kenapa saya diduga sebegini rupa? Allahurabbi. Saya meletakkan cinta manusia yang paling tertinggi sehingga saya terlupa pada cinta yang maha agung, sang pencipta yang menciptakan cinta, sang pencipta yang menciptakan manusia dan memberikan rasa cinta itu.   Tiga minggu juga saya seperti bangkai hidup. Memulakan rutin harian seperti biasa. Pergi kerja, balik kerja, tetapi memang tidak boleh fokus. Hidup rasa kosong dan bermula dari ujian yang bertimpa-timpa itu saya mula bangun malam. Bangun tahajjud dan mengadu pada Allah bersungguh-sungguh. Buat solat istikarah.

Saya memang sudah bersedia nak berkahwin tetapi hubungan yang serius nak ke arah itu tidak menjadi. PAda Allah saya menadah tangan dan berdoa, menangis teresak-esak mengadu kepadaNya seperti kanak-kanak merengek.   Ya, Allah sangat rindu padaku. Allah menanti-nantikan doa dari hamba yang hina ini. Hari-hari bangun malam, hari-hari saya semakin tenang dan keep positif terhadap apa yang terjadi. Apa yang berlaku pada pasti ada hikmah tersembunyi dan saya mula percaya yang kami tiada jodoh dan Allah nak mengantikan pada yang lebih baik. Saya kena move on, buang segala kesedihan yang menghimpit diri. Saya nak mencari kebahagiaan, mencari insan yang boleh menerima saya seadanya, yang boleh membimbing saya ke syurga dan melupakan kisah hitam dulu. Bangkitlah.  Tidak lama selepas itu ada orang melamar, ajak kahwin. Rasa macam orang ini hanya ajak-ajak ayam pula. Tetapi dia dah tahu saya baru putus tunang. Jadi dia ada peluang nak ajak kahwin. Lagi pula dia memang sudah bersedia nak berkahwin dan si dia ini rupa-rupanya sudah lama menyimpan perasaan terhadap saya.   Alamak!? Baru saja putus tunang, takkan nak terima orang lain? Bukannya senang nak melupakan yang lama, masih berbekas lagi cinta yang dulu. Patah tumbuh hilang berganti orang kata, beginilah, saya cuba untuk bangkit. Okay, saya beri peluang pada insan lain untuk mengisi kekosongan hati ini. Siapa ye insan itu? Ya, dialah suami saya sekarang.

Berkahwin dengan insan yang sebelum ini hanyalah kawan-kawan biasa, tanpa ada rasa cinta, boleh ke? Berkahwin dengan orang yang kita tidak cinta, salah ke? Berdosa ke? Lagi dapat menghalang kita dari maksiat, tiada dating, hubungan sangat terpelihara diberkati.  Inilah yang orang kata, bercinta selepas nikah, saya menyerahkan segala-galanya pada takdir sebab keluarga sudah bersetuju dan berkenan dengan suami saya ini.  Ya, kami memang sudah berkawan lama tetapi kawan-kawan biasa sahaja. Jadi memang sudah mengenali latar belakang dia, education, jadi teruskan sajalah. Hati kering saja melalui perasaan nak bergelar isteri.

Okay, selepas putus tunang itu, memang suami tak ajak bertunang dah. Malas nak tunggu lama-lama, nanti bermacam-macam dugaan yang datang menimpa lagi. Dia datang merisik saja dan lima bulan selepas itu kami pun berkahwin. Bertunang sekejap sahaja sebelum akad nikah.  Ya, saya sudah melalui sendiri. Memang hati itu tidak rasa apa-apa semasa nak berkahwin. Tetapi jangan lupa ya, hati kita siapa yang pegang? Allah kan? Saat lafaz ijab dan qabul, penuh syahdu, menitis air mata. Allah campakkan rasa cinta pada suami selepas ijab dan qabul. Allah, saya sudah bergelar isteri, saya sudah ada suami. Hilang semua kesedihan yang dulu-dulu. Allah gantikan kebahagiaan yang tidak boleh digambarkan dengan kata-kata. Terima kasih ya Allah.

Kini saya bahagia, bahagia bersama insan yang sentiasa membawaku ke jalan syurga Mu. Sangat indah bercinta selepas nikah itu. Ye, nasihat saya pada insan yang sedang melalui fasa bercinta, bertunang, jagalah hubungan itu sebaik-baiknya.  Jika hubungan itu tidak kekal lama, kembali kepada Allah. Jangan kecewa nak terjun bangunan ke apa. Fikirkan kenapa Allah menguji kita? Kerana kita mampu berdepan dengan dugaannya. Fikir positif dan cari cinta yang baru. Berikan peluang kepada insan yang lain yang benar-benar jujur pada kita. Mungkin dia adalah jodoh kita, kita tak tahu kan?  Jaga hubungan dengan Allah, jaga hubungan sesama manusia, tinggalkan maksiat, serahkan segala-galanya pada Allah. InshaAllah Allah akan beri kalian pasangan yang baik-baik soleh-solehah.

“Perempuan yang baik diciptakan untuk lelaki yang baik,”

Percayalah kata-kata di atas. Okay, tangan sudah lenguh menaip, apa-apa pun, I love you my Zauj..Md Firdaus bin Ah Samsun Ali a.k.a Achemy Al-Jazaririi. – Noorbaiti Atan

Ditulis semula untuk siaran di hiburan.my

Komen anda?

Komen

Leave A Reply

Your email address will not be published.