Cara Bayar Yuran Konvokesyen UPSI Sesi 2014

0 16

Langkah dan Cara bayar yuran konvokesyen UPSI sesi 2014. Seperti sedia maklum bahawa kepada semua pelajar UPSI, Majlis Istiadat Konvokesyen Keenam Belas 2014 Universiti akan diadakan pada 17 – 20 September 2014 yang bertempat di Dewan Besar Kampus Sultan Azlan Shah, Proton City, Universiti Pendidikan Sultan Idris. Sehubungan itu, para pelajar yang menghadiri konvokesyen tersebut wajib membayar yuran sebanyak RM100 sebagai yuran pinjaman pakaian akademik dan foto individu.

Cara Bayar Yuran Konvokesyen UPSI Sesi 2014

Cara Bayar Yuran Konvokesyen UPSI Sesi 2014

Pembayaran di Kaunter Bank Islam

  1. Sila lengkapkan Slip Pembayaran Bil yang boleh didapati di kaunter BIMB dengan maklumat seperti di bawah. Pada bahagian Jenis Bayaran, sila nyatakan jenis pembayaran sama ada yuran pengajian/asrama/konvo/pinjaman tabung HEP.
  2.  Serahkan Slip Pembayaran yang lengkap diisi kepada Teller Bank Islam bersama dengan bayaran. Simpan salinan slip tersebut sebagai bukti pembayaran.
  3. Kemukakan resit sewaktu hendak membuat pinjaman pakaian akademik (Pakaian Konvo)

 

kaedah

Komen anda?

Komen

Leave A Reply

Your email address will not be published.