6 Cara Mudah Berhenti Merokok

0 11

Berhenti merokok dengan 6 cara mudah, cara untuk hilangkan ketagihan pada rokok . Anda pernah terfikir cara membuat orang yang anda sayang berhenti dari merokok? Melalui makanan? Disiplin diri dan yang paling penting ialah niat kesungguhan berhenti dari merokok. Hiburan[dot]my senaraikan beberapa makanan yang mampu hilangkan rasa ketagihan pada rokok. Sama-sama kita pratiskan tip-tip dibawah – : [6 cara mudah berhenti merokok]

stop smooking
Tips behenti merokok

1. Madu
-Madu ramai yang tidak tahu, sebenarnya madu sangat membantu melepaskan glukosa ke aliran darah secara bertahap.
Kebaikan madu memiliki antioksidan membantu menghilangkan racun dalam darah

2. Makanan Masin
-Masin selalu dikaitkan dengan garam, yer memang betul makanan yang masin dapat mengurangkan ketagihan pada rokok. Mudah sahaja apa perlu anda lakukan hanya mengambil secubit garam letakkan pada hujung lidah atau masinkan sedikit masakan yang dimasak.

3. Bawang Putih dan Halia –
-Bawang putih dan halia membantu dari anda dari segi racun-racun yang dilepaskan kepada anda diperolehi melalui merokok.
Rasa “panas” turut membantu menjaga peraliran darah dan tekanan seimbang jika dulu anda seorang perokok dan sekarang anda tidak lagi

4. Kayu Manis –
Dikatakan menghirup aroma kayu manis boleh membuatkan seseorang seperti sedang ‘bermimpi’. Memakan kayu manis juga akan menenangkan otak dan saraf.

5. Buah Epal –
Merokok memberikan banyak racun dalam darah tubuh anda yang boleh menyebabkan pelbagai penyakit. Makan epal setiap hari dapat memerangi racun yang disebabkan rokok. Epal mengandungi banyak air dan ‘pektin’ yang membantu mengeluarkan racun dalam tubuh. Malah, tekstur epal juga boleh mengurangkan keinginan untuk merokok.

6. Susu –
Ketika anda merokok, bibir anda kehilangan kenyalan dan menjadi lebih gelap. Minum segelas susu dikatakan akan membantu menghidupkan zat di bibir. Rasa susu memiliki kekuatan untuk membuat rasa rokok menjadi pahit.

Artikel ini memang ditujukan khas untuk golongan perokok, tidak kira perokok lelaki atau perokok perempuan, dan yang kita tahu memang kebanyakannya adalah perokok lelaki.  Moga apa yang kami kongsikan memberi manfaat pada anda dan juga orang yang anda sayang…

Jika ada cara lain atau petua hilangkan ketagihan merokok anda ingin kongsikan bersama kami boleh kongsi diruangan komen dibawah

Komen anda?

Komen

Leave A Reply

Your email address will not be published.