Cendawan dan daun pudina:Mana yang anda pilih?

0 11

cendawan atau pudina

Rasanya bukan sahaja lazat dan boleh diolah menjadi pelbagai sajian enak,cendawan ternyata juga merupakan makanan sihat kerana mengandungi banyak asid amino dan antioksidan.Oleh itu cubalah menikmati berbagai-bagai olahan hidangan cendawan sepertni bahan didalam sajian piza ,pasta atau omelette.Apakah sebenarnya manfaat kesihataan apabila anda menikmati hidangan cendawan?Berikut adalah antara beberapa kebaikan yang boleh diperolehi di antaranya:

  • Vitamin pada cendawan sangat penting untuk mengubah makanan(karbohidrat) menjadi bahan bakar (glukosa) yang menghasilkan tenaga.Vitamin juga membantu tubuh memetobolismakan lemak dan protein.Cendawan mengandungi banyak vitamin B2 dan vitamin b3
  • Cendawan juga tidak memiliki kalesterol serta kandungan lemak dan karbohidrat yang sangat rendah.Serat dan enzim tertentu didalamnya juga membantu kadar kalesterol yang lebih rendah.Kandungan protein yang lebih tinggi dan lemak dalam cendawan membantu membakar kalesterol ketika dicernakan.
  • Selain itu cendawan boleh menjdi makanan diet rendah energi yang ideal bagi yang menghidap diabetes.Ia tidak mengandungi banyk lemakkalesterol.karbohidarat serta tinggi protein,vitamin dan mineral.Malah cendawan mengandungi banyak air dan serat.
  • Ergothioneine ,sejenis antioksidan yang kuat terdapat di dalam cendawan amat efektif untuk memberikan perlindungan dari radikal bebas sera meningkatkan kekebalan tubuh.Cendawn mengandungi antibiotik semulajadi (mirip dengan penisilin yang diekstrak dari cendawan)yang menghalang jangkitan kulat
  • Cendawan merupakan sumber sayuran yang mengandungi vitamin D didalam bentuk yang dapat dimakan.Ia kaya dengan kalsium yang baik untuk menurunkan tekanan darah dan selenium.Sumber terbaik adalah dari selenium iaitu protein haiwan.Jadi cendawan adalah pilihan terbaik bagi vegetarian untuk mendapatkan silenium.

daun pudina atau cendawan

Daun Pudina merupakan salah satu jenis daun herba tertua dan paling popular yang berkembang di seluruh dunia.Terdapat pelbagai variasi pudina dan masing mempunyai rasa yang halus dan aroma yang khusus.Pudina seperti ‘minta spacita’ adalah tanaman yang telah lama digunakan dalam budaya beragam seperti India,Timur Tengah dan Eropah.Pudina juga memiliki rasa sensasi dingin.Selain segar ia mempunyai khasiat untuk kepada kesihatan seperti:

  • Menenangkan saluran pencernaan dan jika anda mengalami sakit perut ia amatlah membantu.
  • Minum teh pudina mengurangkan sindrom iritasi usus,membersihkan perut dan sekaligus membersihkan gangguan kulit seperti jerawat dan sebagainya.
  • Pudina bertindak sebagai sensasi pendingin untuk kulit dan membantu mengatasi iritasi kulit
  • Ia juga membantu menghilangkan racun dalam tubuh
  • Daun pudina yang dihancurkan atau dilumatkan kemudian digosokkan pada gigi dapat membantu memutihkan gigi serta memcegah nafas berbau.
  • Pudina adalah pembersih atau pencuci yang sangat baik untuk kesan darah pada pakaian.

Jadi manakah satu pilihan anda?Semoga Artikel dari hiburan.my kali ini dapat membantu anda untuk membuat pilihan dan bermanfaat untuk semua!

Komen anda?

Komen

Leave A Reply

Your email address will not be published.