Persoalan mengenai Currency Exchange Untuk Kaki Travel

0 6

currency exchange

Persoalan mengenai Currency Exchange Untuk Kaki Travel

Salam Ustaz.
Saya mohon penjelasan. Saya dan kawan pergi melancong ke Eropah dan saya kehabisan wang Euro. Saya pinjam dengan kawan saya yang kebetulan ada lebihan Euro. Jadi kawan saya mensyaratkan agar dibayar dalam RM sahaja bila balik ke Malaysia sebab dia tak perlu lagi duit Euro. Adakah dibolehkan?

Jawapan
Apabila berhutang, pada asasnya kita perlu bayar dalam Currency yang sama. Bahkan kita dilarang untuk mensyaratkan agar dibayar dalam mata wang yang berbeza kerana ini akan menyebabkan berlakunya riba al-nasi’ah.

Rasulullah SAW bersabda:
Rasulullah SAW bersabda: “Emas dengan emas, perak dengan perak, gandum dengan gandum, barli dengan barli, kurma dengan kurma dan garam dengan garam, tidak mengapa jika dengan sukatan yang sama, dan sama berat serta tunai. Jika jenisnya berbeza, maka juallah sesuka hatimu asalkan dengan tunai dan langsung serah terimanya.” (Sahih Muslim)

Jelas daripada Hadis ini, sebarang syarat melewatlan bayaran dalam mata wang yang berbeza akan menyebabkan berlakunya riba al-nasi’ah.
Dalam kes yang disebutkan, adalah lebih baik jika kedua-dua pihak tidak menetapkan mata wang mana yang perlu dibayar sebelum pinjaman dilakukan. Walaupun sudah tentu kedua-dua pihak sudah tahu bahawa akan dibayar dalam mata wang Malaysia, sebab pembayaran akan dilakukan di Malaysia, tapi sekurang-kurangnya syarat tidak diletakkan semasa pinjaman dilakukan.
Walaupun lebih afdal bayar dalam mata wang yang sama. Namun melihat kepada kesusahan kepada kedua-dua pihak jika pembayaran dalam Euro (mata wang yang sama), sarjana membenarkan untuk buat pilihan pembayaran pinjaman Euro itu dalam RM pada harga semasa bayaran dibuat, bukan harga semasa pinjaman dilakukan, dan perlu dijelaskan sekali gus semua sekali.

Ibnu Umar, dia berkata; “Saya pernah menjual unta di Baqi’ saya menjualnya dengan beberapa dinar, dan kuambil beberapa dirham, kemudian saya datang menemui Nabi SAW di rumah Hafsah, saya berkata; “Wahai Rasulullah, saya ingin bertanya. Sesungguhnya saya menjual unta di Baqi’, saya menjualnya dengan dinar dan mengambil dirham.” Beliau bersabda: “Tidak mengapa, engkau mengambilnya dengan harga pada hari itu, selama kalian berdua belum berpisah sementara (ketika itu) di antara kalian ada sesuatu.” (Abu Dawud, al-Nasai’i Ahmad)
Wallahu’alam

Posting ini diambil dari facebook page muamalat.my dan ditulis semula untuk artikel di hiburan dot my.

Komen anda?

Komen

Leave A Reply

Your email address will not be published.