DBKL kekeringan idea dan membazir?

0 7

DBKL kekeringan idea dan membazir

Cadangan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk menghasilkan beg terbesar di dunia dan sofa terpanjang di Malaysia hanyalah pembaziran.   Ahli Parlimen Segambut Lim Lip Eng berkata, DBKL seperti tidak mempunyai kerja lain demi kebaikan penduduk ibu kota, sebaliknya lebih suka menghabiskan sumbernya kepada perkara yang munasabah.

“Alangkah baiknya kalau DBKL menunjukkan rasa teruja serupa dalam usahanya mencipta rekod penjagaan tandas awam terbersih atau taman awam terbaik dalam Malaysian Book of Records dan Guinness World Records,”    katanya dalam satu kenyataan.

“Atau mengadakan pertandingan dan memberi hadiah kepada mereka yang berjaya menangkap tikus dari lorong kedai, atau mengutip sampah paling banyak dari Sungai Klang,”   sindir Lip Eng.

Datuk Bandar Kuala Lumpur,   Datuk Seri Ahmad Phesal Talib semalam mengumumkan, DBKL akan bekerjasama dengan syarikat latihan kraftangan,      Mostwell Sdn Bhd bagi menghasilkan beg tangan terbesar di dunia dan sofa terpanjang di Malaysia,   Beg gergasi bersaiz 25 kaki, lebar 10 kaki dan tinggi 18 kaki itu boleh memuatkan dua buah kereta Myvi, manakala kain jeans terpakai sepanjang 280 meter akan digunakan untuk membalut sofa sepanjang 24.384 meter.

Program tersebut adalah di bawah Promosi dan Publisiti Local Agenda 21 (LA21) dijangka siap pada 29 Mei, dan   orang ramai boleh memasuki ke dalam beg itu untuk melihat ribuan jenis beg kecil dari bahan terpakai.  Justeru kata Lip Eng, program dengan tujuan mencipta rekod hanyalah pembaziran, dan isyarat bahawa DBKL kekeringan idea untuk mewujudkan program bermanfaat.

“Marilah kita sama-sama mengharapkan Datuk Bandar Kuala Lumpur, akan meninggalkan legasi yang baik untuk ibu negara Malaysia sebelum kontraknya tamat Julai nanti,” ujar Lip Eng.

Komen anda?

Komen

Leave A Reply

Your email address will not be published.