Denda RM5500 zamani dan pembantu peribadi mengaku bersalah

0 23

 

Denda RM5500 zamani dan pembantu peribadi mengaku bersalah

Bekas vokalis kumpulan Slam, Zamani Slam didenda RM5,500 oleh Mahkamah Majistret semalam selepas membuat kejutan menukar pengakuan kepada bersalah atas dua pertuduhan memiliki dan menggunakan dadah pada Januari lalu.   Bagi kesalahan memiliki dadah, Zamani atau nama sebenarnya, Zamani Ibrahim, 44, dihukum denda sebanyak RM3,300 atau 10 bulan penjara manakala bagi kesalahan menagih dadah, dia didenda RM2,200 atau lapan bulan penjara.   Turut menerima hukuman sama ialah pembantu peribadi (PA) penyanyi itu, Nur Juliana Abdul Rani, 32.

Majistret Ayuni Izzaty Sulaiman membuat keputusan itu selepas mempertimbangkan rayuan Zamani dan Nur Juliana yang dibuat menerusi peguam bela mereka, Ahmad Zaharil Musaiyar.   Beliau turut memerintahkan kedua-dua tertuduh menjalani pengawasan selama dua tahun di bawah pemantauan Agensi Antidadah Kebangsaan.

Dalam rayuan untuk meringankan hukuman itu, Ahmad Zaharil berkata, tindakan Zamani Slam menukar pengakuan telah menjimatkan kos dan masa mahkamah selain kesungguhannya merawat ketagihan di Rumah Pengasih, Kuala Lumpur sejak 24 Januari lalu.   Menurutnya, tahap kesihatan Zamani Slam yang mengalami sakit tulang belakang tidak mengizinkannya untuk menjalani hukuman berat seperti penjara kerana dia memerlukan rawatan susulan dan rapi.

Beliau memohon mahkamah mengenakan hukuman denda atas alasan penyanyi yang terke­nal dengan lagu Gerimis Mengundang itu telah insaf dan berat badannya kini naik kepada 59 kilogram daripada 45 kilogram.

Komen anda?

Komen

Leave A Reply

Your email address will not be published.