Terlampau dan tidak bermoral sesiapa yang desak najib letak jawatan

0 4

najib letak jawatan

Terlampau dan tidak bermoral sesiapa yang desak najib letak jawatan

Rakyat khususnya ahli UMNO yang mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak supaya meletakkan jawatan disifatkan sebagai terlampau dan tidak bermoral.  Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Selangor, Datuk Seri Mohd Noh Omar berkata, desakan yang dikenakan ke atas Najib adalah tidak adil.

“Tunggulah satu hari nanti, akan terdedah kebenarannya. Saya ambil contoh kes Altantuya yang mana tertuduh, Mohd Sirul akhirnya membuat pengakuan bersumpah mengatakan Najib tidak terlibat.

“Banyak kes yang dibabitkan tetapi akhirnya, kebenaran terbukti juga.

Setakat ini, satu demi satu kes yang dibabitkan ternyata berakhir kebenaran kepada Najib,” katanya ketika ditemui pada Majlis Pecah Tanah Bangunan Bomba dan Penyelamat di Bandar Tun Hussein, Cheras pagi tadi.  Jelasnya, ahli UMNO yang bertindak mengkritik Najib wajar diberhentikan keahlian mereka kerana tidak percaya kepada pucuk pimpinan parti.  Bercakap tentang isu derma RM2.6 billion, Noh berkata, jika benarlah Najib mengambil duit tersebut untuk kepentingan peribadi, beliau tak perlu bawa wang itu ke Malaysia.

“Fikirlah sendiri, apa logiknya Najib untuk bawa pulang duit sebanyak itu kalau bukan untuk kebaikan negara.

“Lebih baik beliau simpan sahaja di luar negara daripada menjadi bahan fitnah yang sangat keterlalulan,” ujarnya.

Komen anda?

Komen

Leave A Reply

Your email address will not be published.