Di toreh muka dan hampir dirogol oleh perompak,gadis cantik dari kelantan jadi mangsa

0 16

Pasir Puteh : Satu kejadian samun dan rompak telah berlaku di Lot 1195, Sentosa, Wakaf Berangan Sri Aman Pasir Puteh kelantan.Kejadian itu berlaku pada jam lebih kurang 1.40 petang yang mana telah disahkan oleh bilik Gerakan IPD Pasir Puteh Kelantan telah menerima panggilan telefon daripada talian 999.Siasatan awal yang dibuat oleh pihak Polis dirumah mangsa didapati pada masa kejadian tersebut terdapat 3 org berada dirumah iaitu mangsa Hat Tema Bt Mat Zin, 58 tahun (Ibu), Nur Shafiqa bt. Lah, 22 tahun(Anak) dan Nur Shafatini bt. Lah, 18 tahun (Anak).Suspek 2 lelaki melayu menaiki motosikal dan telah masuk kedalam rumah tanpa membuka topi keledar yg mempunyai penutup depan (Visor) manakala seorang suspek telah menendang pintu bilik air yg mana di dalamnya mangsa Nur Shafiqa sedang mandi.Setelah pintu terbuka suspek telah tarik mangsa ke ruang tamu rumah dan mangsa dapati emak Mangsa (Hat Tema) sedang terbaring di ruang dapur rumah.

Di toreh muka dan hampir diperkosa oleh perompak,gadis cantik dari kelantan jadi mangsa-hiburan.my-400x541 Di toreh muka dan hampir diperkosa oleh perompak,gadis cantik dari kelantan jadi mangsa-hiburan.my-407x642

Kemudian mangsa Nur Shafiqa telah diminta oleh salah seorang suspek untuk mencabut sebentuk cincin yang sedang dipakai oleh mangsa iaitu IBU Nur Shafiqa (Hat Tema) yang sedang terbaring dilantai itu.Nur Shafiqa kemudiannya telah dibawa masuk ke dalam salah satu bilik dan suspek telah mengambil satu telefon bimbit miliknya jenis iPhone 5 (S).Semasa didalam bilik itu juga Shafiqa telah melihat uaspek membuka seluar dan pada anggapannya dia akan dirogol oleh penyamun tersebut namun suspek pakai semula seluar apabila suspek yang kedua yang berada diluar bersama dengan ibu mangsa memanggilnya.

Di toreh muka dan hampir dirogol oleh perompak,gadis cantik dari kelantan jadi mangsa-hiburan.my-998x637

Suspek pertama terus keluar dari bilik dan kemudian masuk semula kedalam bilik serta menumbuk muka mangsa dan toreh muka mangsa dengan pisau kerana mangsa melawan.Suspek kemudian keluar dari bilik dan seterusnya Nur Shafiqa terus kunci bilik dari dalam dan kemudian berteriak ikut tingkap untuk minta bantuan. Suspek dipercayai melarikan diri apabila mendengar mangsa berteriak meminta bantuan.Pada masa yang sama adik mangsa iaitu Nur Shafatini turut berada didalam rumah. Adik mangsa berada dalam bilik berlainan pada ketika itu dan telah bersembunyi dibawah katil ketika suspek tendang pintu bilik.

Walaubagaimana pun beliau tidak nampak suspek yang masuk kedalam rumah mereka. Nur Shafatini kemudiannya telah menghubungi talian 999 bagi meminta bantuan dari pihak polis dan juga ambulan.Setelang Polis dan ambulan tiba serta membawa kedua-dua mangsa Hat Tema dan Nur Shafiq telah dibawa ke Hospital Tengku Anis bagi menerima rawatan dan akan dirujuk ke HUSM utk rawatan lanjut.Hat Tema mengalami cedera luka pada bawah mata sebelah kanan dan luka kesan ditoreh pada pipi sebelah kiri kerana telah melawan 2 orang sapek (penyamun) manakala Nur Shafiqa mengalami kecederaan pada dahi sebelah kanan dan pada bibirnya.Barangan yang telah disahkan hilang adalah barang kemas sebentuk cincin, seutas gelang tangan, telefon bimbit iPhone 5S warna putih.

Suspek utama 2 orang lelaki yang memakai topi keledar serta mempunyai bentuk badan kurus dan kenderaan yg digunakan suspek tidak dilihat.Semasa kejaidan itu suspek bercakap dalam bahasa melayu dialek Kelantan dan muka suspek tidak dapat dicamkan kerana memakai topi keledar dengan penutup visor gelap.Sementara itu pihak POLIS telah membuat siasatan ditempat kejadian dan Rajah kasar tempat kejadian itu telah dilakar serta gambar tempat kejadian juga telah dirakamkan dan juga kesan kecederaan mangsa.Pihak Polis dengan Bantuan D8 telah dipohon untuk mengesan lokasi telefon bimbit mangsa dan anggota JSJ & JSJN telah diarahkan utk mengesan suspek terlibat.Kes ini telah di Klasifikasi dan dicadang dibawah seksyen 394 Kanun Keseksaan.

Komen anda?

Komen

Leave A Reply

Your email address will not be published.