Permainan Dota 2 Dan LoL Akan Diharamkan Di Filipina?

0 22

permainan dota 2

Penggubal undang-undang di Filipina dijangka akan mengawal permainan dota 2 dan LOL disebabkan menerima banyak aduan  tentang keganasan pemain game tersebut.

Permainan gama online seperti DotA 2 dan LoL (League of Legends) di jangka akan mengalami penurunan kerana beberapa ahli parlimen Filipina akan mengawal dan memastikan genre game DotA 2 dan LoL akan diharamkan di Filipina Menurut laporan, beberapa ahli parlimen di bandar Markina dan Manila sedang berusaha untuk bersama-sama untuk merangka undang-undang baru yang akan melarang cyber cafe di Filipina menyediakan permainan DotA 2 dan LoL di cyber cafe mereka.

Perkara in berlaku disebabkan ada segeintir ibu bapa mengadu bahawa permainan ini mengganggu persekolahan anak-anak mereka  dan juga terdapat beberapa laporan keganasan yang dikaitkan dengan permainan tersebut, terutama DotA / DotA 2 seperti kes yang berlaku apabila seorang kanak-kanak ditikam lebih 40 kali kerana akaun DotA 2 nya digodam (boleh ikuti post kami sebelum ini di sini) atau apabila seorang remaja membunuh neneknya kerana mengacau dan menganggu dia yang sedang bermain permainan tersebut.

Unsur keganasan dan gengster juga terjadi apabilat terdapat jugak kes  pergaduhan yang berlaku di dalam sebuah cyber cafe di Manila yang dikaitkan dengan DOTA  2.Anda boleh menonton video di bawah.

 

Apakah yang anda fikir?patutkah Dota 2 Dan LoL diharamkan di Filipina?

Lontarkan komen anda dibawah.

 

 

Komen anda?

Komen

Leave A Reply

Your email address will not be published.