Dr Mahathir mungkin akan ditahan di penjara?

0 4

 

Dr Mahathir mungkin akan ditahan di penjara

 

Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau sedang memikirkan semula sama ada terus atau berhenti menulis mengenai 1MDB kerana “bimbang akan disoal siasat” oleh polis. Ditanya wartawan hari ini, bekas pedana menteri selama 22 tahun itu berkata, beliau perlu memikirkan perkara itu kerana ia “sangat serius”.

“Saya mungkin dijemput polis untuk disoal siasat. Saya tak fikir mereka akan menahan saya di penjara tetapi kemungkinannya ada,” katanya.

Sebelum itu Dr Mahathir melancarkan buku tulisan bekas Menteri Penerangan Tan Sri Zainuddin Maidin, Mahathir Bukan Kawan Saya di Putrajaya hari ini. Semalam Dr Mahathir berkata beliau enggan memberi komen mengenai 1MDB – seperti dilakukannya sebelum ini – kerana bimbang ia dianggap sebagai perbuatan jenayah.

Media tapis sendiri

Dr Mahathir berkata, ada kemungkinan beliau akan ditanya mengapa menulis mengenai isu agensi tajaan kerajaan itu. Katanya, bercakap atau menulis adalah “sama”. Malah katanya, The Wall Street Journal juga disiasat kerana melaporkan isu berkenaan.

Sebagai rakyat Malaysia, Dr Mahathir berkata, dia akan akur terhadap pendapat bahawa sebarang perbincangan mengenai 1MDB adalah jenayah. “Dan saya tak suka melakukan jenayah,” katanya. Ditanya jika ada perbezaan kebebasan media di negara ini, Dr Mahathir berkata, pada zaman beliau ia memang ada tetapi media sendiri melakukan tapisan sendiri. “Seolah-olah mereka (media) tak mahu melukakan perasaan pemimpin.

“Media arus perdana selalu berhati-hati. Apa yang mula-mula mereka fikirkan ialah sama ada pemimpin negara suka dengan tulisan mereka atau tidak,” katanya. ¬†Selain itu, kata Dr Mahathir, media seperti Harakah dan The Rocket bebas menyiarkan laporan yang tidak menyokong kerajaan kerana “ia bukan tugas” media rasmi parti pembangkang. “Tetapi kadang-kadang mereka melangkaui batas,” katanya.

Komen anda?

Komen

Leave A Reply

Your email address will not be published.