5 pelakon bawa dua watak berbeza adiwira di layar perak

0 16

Tahun 2016 tidak dapat dinafikan sebagai tahun adiwira dengan pawagam dibanjiri dengan filem-filem seperti “Deadpool”, “Batman v Superman: Dawn of Justice”, “Captain America: Civil War” dan ramai lagi yang akan datang. Sebut sahaja nama-nama pelakon yang membawa watak adiwira dan pastinya peminat sudah tahu siapa pelakon itu. Sebagai contoh Captain America pastinya ramai akan membayangkan Chris Evans dan untuk Deadpool, Ryan Reynolds. Bagaimanapun, sebelum kesemua pelakon ini dikenali menerusi watak adiwira popular mereka, ada di kalangan mereka yang sebelum itu pernah membawa watak sebagai adiwira yang lain.

Oleh itu, jom lihat lima pelakon yang pernah bawa dua watak berbeza adiwira di layar perak:

1.Ryan Reynolds (Green Lantern / Deadpool)

adiwira Ryan Reynolds (Green Lantern Deadpool)

Pelakon berusia 39 tahun dari Kanada ini pernah memegang watak anti-adiwira (sebenarnya masih dikira adiwira) Deadpool pada tahun 2009 dalam “X-Men Origins: Wolverine”. Bagaimanapun, ia tidak memberi impak berbanding wataknya sebagai “Green Lantern” pada tahun 2011.  Malangnya, walaupun lakonannya dipuji, tetapi filem tersebut gagal dalam carta box office. Zaman adiwiranya akan berakhir sekiranya dia tidak diberi peluang dalam filem “Deadpool” tahun ini yang mana telah berjaya melonjak namanya menjadi pelakon adiwira kelas A.

2.Ben Affleck (Daredevil / Batman)

adiwira Ben Affleck (Daredevil Batman)

Ini adalah seorang lagi pelakon yang adiwira yang semakin memuncak selepas gagal dalam filem adiwira pertamanya. Ben Affleck pernah muncul dengan watak adiwira dalam “Daredevil” yang diriliskan pada tahun 2013, namun tidak banyak yang diperkatakan mengenainya. Apabila muncul berita mengenai pelakon berusia 43 tahun itu membawa watak Batman, ramai yang skeptikal dengan pemilihan itu. Tetapi Batfleck berjaya membuktikan pengkritiknya salah. Disebalik pelbagai reaksi mengenai “Batman v Superman: Dawn of Justice”,  watak Batman yang dipegang Affleck tidak akan ditukar untuk filem akan datang iaitu “Suicide Squad” dan “Justice League Part One”.

3.Chris Evans (Human Torch / Captain America)

adiwira Chris Evans (Human Torch Captain America)

 

Sebelum membawa watak Captain America, Chris Evans merupakan salah seorang adiwira dalam “Fantastic Four” pada tahun 2005 dan juga sekuelnya pada tahun 2007. Dalam filem tersebut, Chris membawa watak sebagai Johnny Storm a.k.a Human Torch. Sejak itu,  pelakon berusia 34 tahun itu telah beralih kepada Captain America pada tahun 2011 menerusi “Captain America: The First Avenger”. Chris sekarang muncul dengan filem ketujuh adiwiranya menerusi “Captain America: Civil War”.

4.Brandon Routh (Superman / Atom)

adiwira Brandon Routh (Superman Atom)

Brandon Routh merupakan pelakon yang pernah membawa watak adiwira ikonik Superman. Walaupun wataknya sebagai adiwira tidak mendapat sambutan terutamanya daripada peminat dalam filem “Superman Returns” pada tahun 2006, namun dia berjaya memenangi anugerah untuk watak yang dibawanya. Brandon kemudian membawa kerjaya adiwiranya ke skrin TV dengan membawa watak sebagai Ray Palmer a.k.a Atom dalam siri TV “Arrow” (2014).  Pelakon berusia 36 tahun itu kini meraikan kejayaan ‘Atomic’ apabila dia sekali lagi muncul dengan watak adiwira dalam siri TV “Flash” (2015) dan dalam “Legends of Tomorrow”.

5.Nicolas Cage (Ghost Rider / Big Daddy)

adiwira Nicolas Cage (Ghost Rider Big Daddy)

Nicholas Cage pernah membintangi banyak filem tetapi pada tahun 2007 baru dia menyertai senarai adiwira sebagai Johnny Blaze dalam filem “Ghost Rider”. Pelakon berusia 52 tahun itu kemudian sekali lagi muncul dalam filem sekuel “Ghost Rider: Spirit of Vengeance” pada tahun 2012.  Bagaimanapun, pada tahun 2010 Nicholas membintangi filem “Kick-Ass” sebagai Damon Macready atau Big Daddy.

Komen anda?

Komen

Leave A Reply

Your email address will not be published.