3 filem kisah benar terbaik yang berlatarkan perang

0 22

3 filem kisah benar terbaik .Kisah yang berdasarkan kisah benar sememangnya boleh menjadi idea untuk dijadikan olahan dalam bentuk filem.Salah satu jenis filem yang paling popular adalah filem sejarah yang diambil dari kisah sebenar yang berlaku ketika peristiwa tersebut.Banyak filem holywood yang sememangnya banyak mengambil dari kisah benar sehingga mendapat filem yang mempunyai kutipan wayang tertinggi sehingga pecah panggung.

Artikel yang mungkin anda suka : 5 Pelakon Bawa Dua Watak Berbeza Adiwira Di Layar Perak

3 filem kisah benar terbaik yang berlatarkan perang

Disini kami di hiburan.my akan berkongsi 3 filem yang berdasarkan kisah benar mengenai yang  telah dibawa ke skrin besar. Filem-filem ini adalah filem yang berprofil tinggi dan diarah oleh pengarah terkenal Hollywood yang berjaya mengubah lokasi penggambaran ke medan perang .

Jom Semak review dari pandangan kami:

1.Pearl Harbour (2001)

5 filem kisah benar terbaik yang berlatarkan perang

Filem ini  membawa kisah perang dunia kedua dan berlatarkan lokasi di pangkalan udara Amerika berhampiran Jepun. Sebelum Amerika Syarikat membuat keputusan  untuk mengebom Hiroshima dan Nagasaki, Jepun telah membom pelabuhan udara dan pelabuhan Amerika iaitu Pearl Harbour . Filem telah dihasilkan pada tahun 2001, mengambil dari sisi salah seorang askar Amerika yang mempertahankan Pearl Harbour sehingga di anggap filem perang terbaik yang diambil dari kisah benar.

2.Saving Private Ryan (1998)

5 filem kisah benar terbaik yang berlatarkan perang

Apakah  yang akan berlaku jika kerajaan terpaksa menghantar 3 keping surat yang mengandungi maklumat bahawa 3 orang meninggal dunia di medan perang secara serentak kepada ibunya? Dan anak yang ke-4 masih lagi berada di medan perang iaitu Private Ryan .Disinilah bermulanya operasi untuk menyelamatkan Private Ryan Berlaku. Watak utamanya dimainkan oleh Tom Hanks berjaya menghidupkan watak Captain John Miller dengan menunjukkan lakonan yang sunnguh berkesan . Disebabkan itu,filem arahan Steven Spielberg ini menjadi satu filem perang  yang wajib tonton kepada penggemar filem perang yang diambik dari kisah benar.

3.Dunkirk(2017)

5 filem kisah benar terbaik yang berlatarkan perang

Filem yang baru saja keluar panggung dan telah  pecah panggung di beberapa negara diarahkan oleh Pengarah terkenal, Christoper Nolan. Filem ini mengisahkan untuk menyelamatkan seorang askar perang di sebuah bandar yang dipanggil Dunkirk di Perancis. Salah satu karya terbaik Christoper Nolan yang membabitkan filem perang yang diambil dari kisah benar.

 

Kepada peminat-peminat filem perang dan sejarah yang diambik dari kisah benar,anda wajib menonton 3 filem blockbuster kami senaraikan .Penuh aksi,drama dan babak-babak dramatik yang sememangnya akan menjanjikan kepuasan kepada peminat filen perang yang berunsurkan kisah benar.

Komen anda?

Komen

Leave A Reply

Your email address will not be published.