Video Viral:Gadis Kelantan teruk dibelasah kerana menipu

0 17

 

 

Gadis Kelantan teruk dibelasah kerana menipu

SATU rakaman video yang menunjukkan seorang gadis teruk dibelasah oleh dua perempuan kini menjadi viral di laman sosial.  Rakaman ini mungkin berlaku di Bachok, Kelantan berdasarkan cara slang percakapan mereka yang merakam dan menyaksikan kejadian tersebut.  Melalui video yang berdurasi 2minit lebih itu , mangsa dilihat tidak mampu melindungi dirinya apabila kedua-dua wanita terbabit mula menendang dan sepak  mangsa bertalu-talu.Kami difahamkan, punca kejadian adalah disebabkan mangsa yang merupakan peniaga online (dalam talian) telah menipu kedua peremuan ini, seterusnya menyebabkan mangsa ditangkap dan dipukul

Salah seorang  wanita yang memukul mangsa melalui video tersebut mengatakan, “Mano barang mu? Mano barang muu?”.Daripada video tersebut,kelihatan seorang lelaki hanya menjadi penonton dan sanggup membiarkan perkara tersebut berlaku.  Secara jujurnya, kami berasa amat sediah dan terkejut  dengan aksi ‘gadis-gadis kelantan’ ini yang nampaknya seperti sudah hilang sifat kasihan dan ciri-ciri wanita.Mereke seperti hanya mengikut perasaan amarah dan tidak memikirkan kesan akibat yang akan berlaku.Walaupun mangsa bersalah .hubungi ibu bapa dia atau buat laporan polis.Biar pihak yang berwajib sahaja yang mengambil tindakan.

Terkilan dan kecewa dengan aksi “gadis-gadis kelantan” yang sememangnya sebelum ini sangat sopan santun dan ini seterusnya sememangnya luar dari persepsi kami-Hiburan.my

 

Komen anda?

Komen

Leave A Reply

Your email address will not be published.