Borang Permohonan Jawatan Kosong Guru Vokasional KPM 2016 Online

0 57

Borang Permohonan Jawatan Kosong Guru Vokasional KPM 2016 Online. Anda berminat menjadi guru? Berita baik terdapat jawatan kosong seperti makluman Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia yang memaklumkan bahawa pengambilan Guru Vokasional secara interim di Kolej-Kolej Vokasional KPM berdasarkan Skim Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) kini dibuka untuk permohonan. Mereka yang layak dan berminat boleh mmebuat permohonan Guru Vokasional secara online dengan tarikh tutup permohonan adalah pada hari Ahad, 7 Ogos 2016.

Borang  Permohonan Jawatan Kosong Guru Vokasional KPM 2016 Online

Borang Permohonan Pengambilan Guru Vokasional 2016 Online 

Berikut dikongsikan maklumat penting permohonan yang mengandungi applikasi permohonan online, syarat permohonan, maklumat jawatan dan lain-lain lagi.

  • Nama Jawatan/ Gred : Guru Vokasional/ Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41 (Interim)
  • Tempoh Interim: Sehingga dilantik secara tetap oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran Malaysia
  • Mengikuti latihan Diploma Perguruan Lepas Ijazah (DPLI) secara Mod Latihan  Perguruan Kursus Dalam Cuti (KDC) di Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) dalam tempoh yang ditetapkan
  • Kumpulan Perkhidmatan: Pengurusan dan Profesional
  • Klasifikasi Perkhidmatan: Perkhidmatan Pendidikan
  • Taraf Jawatan: Interim
  • Gaji Permulaan : RM2222.94: Jadual Gaji Minimum – Maksimum Gred DG41
  • Elaun Tetap dan Kemudahan : seperti Pekeliling Perkhidmatan Bil.2 Tahun  2008  dan  peraturan-peraturan Perkhidmatan Awam lain yang sedang berkuatkuasa

Applikasi Permohonan Online

Permohonan hanya boleh dibuat secara atas talian dengan melayari laman web
Kementerian Sumber Manusia Malaysia bermula 24 Julai 2016. Borang boleh dikemaskini pada bila-bila  masa  sahaja dan hendaklah dihantar sebelum tarikh tutup permohonan.
Tarikh Tutup Permohonan : 7 Ogos 2016

  • Applikasi Permohonan Online : Daftar dan mohon melalui

Syarat-Syarat Kelayakan Permohonan

Berikut adalah syarat-syarat kelayakan asas permohonan :-
Warganegara Malaysia

  • Sihat tubuh badan
  • Umur tidak melebihi 35 tahun pada 1 Januari 2016
  • Memiliki  sekurang-kurangnya kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelulusan yang
    diiktiraf setara dengannya oleh Kerajaan

Memiliki kelulusan akademik sekurang-kurangnya:

  • Lulusan  ijazah  kejuruteraan/vokasional Universiti Awam (UA) yang tiada kelayakan ikhtisas perguruan tetapi memiliki Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 ke atas;

atau

  • Lulusan Ijazah Kejuruteraan/vokasional Institut Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS) yang tiada kelayakan ikhtisas perguruan tetapi memiliki SKM Tahap 3 ke atas;
  • atau
    • Lulusan Ijazah Kejuruteraan/vokasional IPTS yang ada kelayakan ikhtisas perguruan tetapi tidak memiliki SKM;

    atau

    • Lulusan Ijazah Kejuruteraan/vokasional UA/IPTS yang tiada kelayakan ikhtisas perguruan dan tidak memiliki SKM.

    Bidang Yang Ditawarkan

    Berikut adalah bidang-bidang yang ditawarkan :-

    1. Elektrik
    2. Elektronik
    3. Kimpalan
    4. Automotif
    5. Pemesinan Industri
    6. Penyejukbekuan dan Penyamanan Udara
    7. Pembinaan
    8. Kejuruteraan Mekanikal
    9. Kejuruteraan Awam
    10. Pelancongan

    Maklumat Lain Permohonan

    Pemohon yang tidak menerima sebarang maklumat selepas 31 Ogos 2016 adalah dianggap tidak berjaya. KPM tidak akan mengeluarkan makluman secara bersurat kepada pemohon.

    • Sila rujuk iklan permohonan di BPTVuntuk maklumat lanjut.

    Cara Hubungi

    Jika ada sebarang pertanyaan berkenaan permohonan, sila  hubungi  alamat  berikut :-

    BAHAGIAN PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL
    KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
    ARAS 5 & 6, BLOK E14, KOMPLEKS E
    PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN
    62604 PUTRAJAYA
    (u.p: Sektor Pengurusan Guru)
    No. Telefon: 03-8884 5145/ 5105/ 5107/ 5100/ 5069/ 5070

Kalau berminat menjadi cikgu,jangan lengah-lengahkan lagi isi Borang  Permohonan Jawatan Kosong Guru Vokasional KPM 2016 Online sekarang.Semoga berjaya dengn permohonan anda!

Komen anda?

Komen

Leave A Reply

Your email address will not be published.