kalau hantaran rendah, kalau isteri goyang kaki, aku nak melebih-lebih kerahkan dia seperti hamba abdi pun aku rasa malu

0 2

kalau hantaran rendah, kalau isteri goyang kaki, aku nak melebih-lebih kerahkan dia seperti hamba abdi pun aku rasa malu

 

Dalam Islam, tak sebut pun tugas isteri buat semua itu. Kenapa lelaki demand? Sebab mereka kena bayar hantaran tinggi yang dalam Islam pun dituntut atau sebut? So kau takkan tak boleh harap bayar hantaran tinggi just duduk goyang kaki.  Pandangan aku sebagai lelaki, kalau hantaran rendah, kalau isteri goyang kaki, aku nak melebih-lebih kerahkan dia seperti hamba abdi pun aku rasa malu. Yelah, dahlah kahwin tak bayar apa-apa sangat hantaran, lepas itu nak demand pula? Tetapi kalau berpuluh-puluh ribu hantarannya, kalau isteri itu produktiviti kualiti dan inovatif, berbaloilah. Cari orang gajilah sanggup nak elak isteri penat. Tapi kalau berpuluh-puluh ribu, macam mamat dalam gambar itu yang merungut, memang kerut dahilah bertekak sampai mati.

Bagi aku, relaks saja. Hantaran tinggi pun ok, rendah pun ok. Bagi aku, isteri ini saham. Banyak kita melabur untuk dia, lagi banyak pulangan dia akan beri untuk mantain kualiti. Tengok pada kesedaran kaulah sebagai lelaki. Dalam Quran pun ada tulis kan isteri itu ibarat tanaman. Tuailah ia, bajalah ia, keluar modal sedikit. Takkan dah beli sebidang tanah terus nak biar? Tak berhasillah beb. Kau suami kot, kaulah yang mencorakkan isteri. Perempuan ini lampi daif. Tengok pada corak kau pimpin, itulah wajah dia, wajah kau.  Kau nak apa lagi? Untung Tuhan bagi kau isteri. Ada juga orang nakkan kaun. Ada juga yang sedia nak sehidup semati dengan kau. Yang jagam aruah dia untuk kau. Eh, kalau tak tahu syukur, memang macam inilah kita akan asyik mempertikaikan sampai mati.

Hidup kita nak melengkapi, bukan nak demanding kelemahan. Kalau Tuhan kurniakan kau pasangan macam itu, buku ruaslah. Tuhan tak pernah salah beri sepadan. Eh, engkau pilihlah mana yang kau nak orang cakap pasal kau dapat bini? Sama padan atau padanlah dengan muka. Kau pun nak cari bini yang luaran seperti model muka macam artis. Pelajaran tinggi, lepas tu kau demand egonisme orang perempuan macam tu. Kau ingat diorang nak taat kalau tak ada sebab? Dia mungkin tengok kau suami tetapi kalau kau demand macam itu, bini kau pun tengok kau atas bawah. Silap-silap kau tu cuma bawah tapak kaki dia saja.  Cuba kau cari bini benyai-benyai yang biasa yang janda ke yang takde tempat di dunia sosial atau persaingan dunia, confirm kau takkan mengeluh sebab golongan seperti ini super taat sebab dia melihat kau lebih tinggi segala serba serbi dari dia. Memang ikat mati dia belai kau. Diterajang, disepak, belum tentu dia jumpa kau di pintu mahkamah syariah.  Kau ingat perempuan nak respect kau ke kalau kau pun tak adalah sempurna mana. Lagi hebat bini kau, cuma bini kau ini perempuan, menunduk merendah diri.

*hembus nafas panjang… – Putera Nur Muhammad Raihan

Ditulis semula untuk siaran di hiburan.my

 

Komen anda?

Komen

You might also like More from author

Leave A Reply

Your email address will not be published.