iPad mini 3 dan iPad Air 2 kini berada di pasaran Malaysia

0 3

ipad mini 3

Berita baik untuk mereka yang menantikan ketibaan siri tablet terbaru daripada Apple, iaitu iPad Air 2 dan iPad Mini 3 kini mula dijual secara rasmi di Malaysia melalui Apple Online Store.
Memetik daripada Tech Nave, Apple iPad Air yang terbaru ini merupakan generasi kedua daripada Apple selepas iPad Air yang dilancarkan pada tahun 2013 mendapat sambutan yang cukup hebat daripada penggemar Apple. Untuk kedua-dua tablet ini anda boleh memilih 3 warna antaranya emas, perak dan kelabu diikuti dengan kapasiti terpilih iaitu 16GB, 32GB, dan 64GB.

IPad Air 2 akan mula dijual pada harga RM1,599 untuk model 16GB sehingga RM2,679 bagi model 128GB wifi dan data. Manakala, untuk iPad Mini 3 harga bermula daripada RM1,279 untuk modal 16GB sehingga RM2,349 untuk wifi dan data. Senarai harga boleh dirujuk dibawah.

iPad Air 2

• iPad Air 2 16GB WiFi: RM1,599
• iPad Air 2 16GB WiFi + Cellular: RM2,029
• iPad Air 2 64GB WiFi: RM1,929
• iPad Air 2 64GB WiFi + Cellular: RM2,349
• iPad Air 2 128GB WiFi: RM2,249
• iPad Air 2 128GB WiFi + Cellular: RM2,679
• iPad Mini 3

• iPad mini 3 16GB WiFi: RM1,279
• iPad mini 3 16GB WiFi + Cellular: 1,699
• iPad mini 3 64GB WiFi: RM1,599
• iPad mini 3 64GB WiFi + Cellular: RM2,029
• iPad mini 3 128GB WiFi: RM1,929
• iPad mini 3 128GB WiFi + Cellular: RM2,349

Apa yang menarik mengenai tablet terbaru keluaran Apple ini, iPad Air 2 merupakan di antara yang tercanggih ketika ini dan dilengkapi dengan cip pemprosesan berkuasa tinggi triple-core A8X chip dan 2GB RAM. Bagi iPad Mini 3, tidak banyak perubahan yang dilakukan oleh Apple untuk koleksi mini ini berbanding dengan model sebelum ini.

Komen anda?

Komen

Leave A Reply

Your email address will not be published.