Islam Di Eropah – Street Dakwah

0 4

islam di eropah

 

Islam telah di serang dengan teruk dari semua arah selepas 09/11 yang di rancang sendiri oleh Amerika dan Israel. Pelbagai tohmahan-tohmahan telah dilemparkan, walau bagaimana pun ia menjadikan Islam sebuah agama yang ingin di dekati oleh semua lapisan masyarakat. Siapa sangka, dalam keadaan di eropah yang di beritakan Islam di tekan 24 jam, Islam berkembang pesat di sana – Alhamdulillah. Tekanan yang diberikan oleh kerajaan/media di eropah telah menimbulkan rasa ingin tahu dikalangan masyarakat mereka tentang Islam. Bermula dari mengkaji kemudian memahami Islam dan seterusnya melafaskan syahadah.

Dalam Temubual di atas jelas menunjukkan yang ‘David’ telah menemui Islam dan beramal dengannya (walaupun belum sepenuhnya dengan hanya berpuasa) dalam keadaan Islam itu di katakan zalim oleh Barat. Tetapi, dia juga ada mengatakan tiada orang-orang islam mendekati beliau untuk menerangkan dengan lebih tentang islam. Bayangkan jika kita sebagai umat Islam mendekati golongan-golongan seperti David ini dan menerangkan tentang Islam. Tentu lebih ramai yang akan memeluk Islam. Benarlah kata-kata Nabi S.A.W “Umatku akhir zaman seperti buih-buih di laut.” 

sumber youtube : DawahIsEasy

Diriwayatkan daripada Abu Said al-Khudri r.a : “Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: “Apabila seseorang memeluk agama Islam dengan ikhlas, Allah akan mengampunkan semua dosa-dosanya di masa lalu. Kemudian setelah itu mulai diadakan perhitungan, pahala untuk setiap perbuatan baik yang dilakukannya dilipat gandakan sepuluh sampai tujuh ratus kali ganda sedangkan setiap dosa yang dilakukannya akan dicatat sebanyak dosa yang dilakukannya kecuali apabila Allah mengampunkannya.”

(al-Bukahri)

Saksikan temubual di atas dan marilah kita ambil pengajaran untuk diri kita dalam membantu mengembangkan Islam :)

Sumber: myibrah.com

Komen anda?

Komen

Leave A Reply

Your email address will not be published.