Isu kecoh Plaza Low Yat : Pergaduhan bukan isu perkauman,polis jelas cerita dari si pengamuk

0 9

Isu kecoh Plaza Low Yat  Pergaduhan bukan isu perkauman,polis jelas cerita dari si pengamuk

 

Kejadian huru-hara yang berlaku di Plaza Low Yat pada Sabtu lalu tiada kaitan dengan isu perkauman sebaliknya ia membabitkan kejadian mencuri, demikian kata polis. semalam, pihak polis akhirnya tampil memberi penjelasan menjelaskan apa yang berlaku di sebalik kejadian.

Sejak dari tercetusnya pergaduhan kira-kira jam 7.50 malam semalam, orang ramai mula tertanya-tanya apa punca kejadian.

Baca : Video penuh:Punca tercetusnya kekecohan besar di Plaza Low yat semalam

Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Lumpur, Datuk Zainuddin Ahmad, salah seorang dari tujuh lelaki yang terbabit sudah ditahan polis dan mendakwa mereka ditipu oleh peniaga di Lowyat.insiden itu menjadi tidak terkawal apabila tujuh individu lain muncul untuk membalas dendam terhadap pembantu kedai yang menangkap individu didakwa mencuri.
“Ia tiada kaitan dengan sentimen perkauman. Ia adalah antara pelanggan dan pembantu kedai,” katanya sambil menambah bahawa orang ramai tidak perlu menyebarkan khabar angin.Zainuddin berkata seorang lelaki berusia 22 tahun yang dipercayai di kalangan tujuh orang yang terlibat telah ditahan.

Video kejadian huru-hara itu menjadi viral di laman sosial.  “Siasatan juga akan dilihat dari segi produk dan proses jual beli kerana mereka (yang mengamuk) mendakwa ditipu oleh peniaga.”  Selain itu, pihaknya juga akan meminta KPDNKK agar menyiasat dakwaan terbabit.

“Jadi bila menyebabkan penipuan kepada pengguna ini, kita minta KPDNKK untuk bersama menyiasat perkara ini,” memetik laporan dari Astro Awani.  Lelaki terbabit yang berusia 22 tahun telah ditahan oleh pengawal keselamatan dan diserahkan kepada pihak polis.  Kes disiasat mengikut Seksyen 147 dan 427 Kanun Keseksaan kerana merusuh.  Insiden pada pukul 7.50 malam itu berlaku di sebuah beli-belah popular dengan penjualan gajet dan alatan teknologi.Terdahulu, pengawal keselamatan pusat beli-belah itu menangkap individu yang disyaki mencuri di sebuah kedai telefon bimbit.”Dia marah dan memanggil orang lain pergi ke kedai itu,” kata Zainuddin kepada pemberita.Kehadiran kumpulan itu kemudiannya bertindak memecahkan panel kaca serta merosakkan telefon dan produk elektronik lain yang dianggarkan bernilai RM70,000.

Komen anda?

Komen

Leave A Reply

Your email address will not be published.