“Masalah nak jaga aurat dg ipar,kena berkelumbung 24 jam”

0 5
jaga aurat
GAMBAR HIASAN

Seorang wanita yg baru berkahwin kelihatan seperti ada sesuatu yg tidak kena,lalu saya bertanya.Masalahnya kena tinggal dg mentua berserta ipar lamai.Masalah nak jaga aurat dg ipar, kena berkelumbung 24 jam, ketidakselesaan dlm rumah untuk bersantai,masalah kebebasan tak boleh memandai kerana itu rumah mentua,masalah makanan dan 1001 masalah.Jika menantu lelaki tinggal dg mentua pula,adik ipar perempuan pula tidak selesa dg masalah aurat.

Jom kita pakat beri pandangan kerana masalah ini masalah yg berterusan. Sisuami terpaksa kerana nak jaga ibubapa,atau atas permintaan ibubapa.Mungkin juga suami belum mampu ada rumah sendiri,tak mampu nak sewa.Isteri terpaksa ikut atas dasar patuh,tetapi yg terseret sama ialah masalah yg terbeban kpd isteri.Jangan ambil mudah perkara ini kerana ia antara titik retak yg pertama dlm hubungan rumahtangga dan boleh menjadi terungkai ikatan perkahwinan jika dibiar melarat . Jika pihak lelaki yg menumpang rumah mentua,masalah ada, tetapi kurang kerana lelaki selalu berada luar rumah dan tiada urusan sangat hal dalam rumah.
Saya menyelesaikan masalah ini dengan tetap tinggal berasing,tetapi setiap hari saya balik menjengok orang tua dirumah,walau sekejap.Saya berbimbang pepatah bila jauh berbau bunga,bila dekat berbau taik, bila tinggal jauh selalu mendengar yg baik baik tetapi bila tinggal sekali, selalu nampak yg tidak baik.Masalah isteri tidak selesa apa lagi dg ada ipar lelaki,balik kerja masih kena berkelumbung,kadang aurat sendiri terjaga,ipar lelaki pula terbongkang dg seluar pendek disofa. Saya berpegang biar duduk rumah sewa,pondok kecil, asalkan itu rumah sendiri dan bebas segalanya bagi isteri mengatururusnya
Kepada suami yg tinggal bersama ibu,jangan mudah-mudah buat keputusan tinggal dg ibubapa kerana ibubapa dah tua,nak jaga ibubapa dsbnya,tanpa memikir hal isteri.Beri sedikit pertimbangan kpd masalah isteri.Jika tiada ipar,masalah agak ringan.Mungkin kita boleh tinggal berasingan berhampiran dg rumah orang tua kita,mungkin boleh dibawa orang tua tinggal dirumah kita supaya isteri lebih merasa bebas kerana rumah itu rumah dia,jika sedara yg lain telah tinggal bersama ibubapa,kita dah boleh tinggal berasing,berilah wang saraan kpd ibubapa.Berundinglah dengan ibubapa dg baik antara hak isteri dan hak ibubapa,ibubaoa pasti memahami kerana mereka biasa melaluinya. Jalan keluar pasti ada,yg perlu kita berikhtiar,jangan hanya berserah,jangan hanya berpegang aku suami,aku buat keputusan awak sebagai isteri kena ikut.Ingatlah isteri bukan abdi yg dibeli,boleh diperintah apa saja,bukan pembantu rumah yg rasmi untuk ibubapa kita.Isteri adalah amanah yg diambil dari walinya yg memeliharanya bagai menatang minyak yang penuh sejak kaki sebesar dua jari.Setiap suami akan ditanya diakhirat,setiap isteri ada haknya yang akan dituntut. Yang perlu minta isteri bersabar seketika,moga Allah tunjukkan jalan keluar yg baik.Jangan buat keputusan tinggal dengan emak bapa kita dan tunggu hingga mereka mati.

Kepada mereka yg baru dok bercinta,dok fikir nak kahwin,saya nak ajak tambah satu persetujuan iaitu, dimana nak tinggal lepas kahwin.Agenda ini mesti ada dan dibincangkan dlm perbincangan untuk kahwin,jangan setakat bincang tarikh kenduri,tema kenduri,nak belarak naik apa dsbnya,tetapi ambil persetujuan dimana nak tinggal lepas kahwin.Setelah itu,tiada masalah, patuth saja pada persetujuan terdahalu. Jika nak bagi resmi lagi,bincang masa meminang supaya kedua ibubapa didua pihak dah setuju dimana anak menantu mereka akan tinggal lepas kahwin. Agenda ini seperti sangat perlu utk menjamin tiada duri dlm daging selepas berkahwin.Merancang berkahwin sepatutnya melibatkan juga kemungkinan masalah selepas berkahwin,jangan terhenti setakat kenduri kahwin.
Kepada isteri yg terasa tersentuh dg isu ini,bersabarlah,berundinglah dg baik dg suami,rafakkan doa moga Allah memberi jalan yg baik.Kepada suami yg terasa isu ini membabitkan dirinya,berusahalah untuk mencari jalan keluar antara kasih pada ibubapa dan kasih pada isteri, jangan biar isterimu berendam air mata,masam perasaannya,tanyalah diri mana janjiku untuk membahagiakannya? Kepada yg menjadi ibubapa,selagi berdaya,teruskan hidup sendiri,berilah ruang kebebasan dan mencipta kebahgiaan berumahtangga kpd anak dan menantu,berhentilah dari mengongkong,mengarah itu ini kpd anak,biarlah mereka belajar membuat keputusan sendiri.Adalah lebih baik kita bergilir kerumah anak anak jika telah tidak mampu supaya semua mereka dapat menyumbang khidmat kpd ibubapanya.Tinggalkah hak untuk mengarah anak anak bila usia kita telah lanjut,tetapi lebih bertolakansur untuk mendengar masalah mereka.

Posting diambil dari facebook ABD GHANI HARON dan ditulis semula untuk siaran hiburan.my

 

Komen anda?

Komen

Leave A Reply

Your email address will not be published.