‘Jangan balik kampung, jimat minyak’,jangan eksploitasikan kenyataan

0 1

 

'Jangan balik kampung, jimat minyak',jangan eksploitasikan kenyataan

Setelah dikritik oleh netizen, Syed Abdul Aziz Al Qubra tampil memberikan penjelasan terhadap video ‘jangan balik kampung, jimat minyak’ yang telah dieksploitasikan dan disalah anggap oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.  “Kalau orang tonton rancangan itu dari awal, mereka akan faham dengan apa yang saya cuba sampaikan sebenarnya. Bila mereka potong video program dan viralkan, itu yang menyebabkan orang ramai marah.  “Tajuk segmen yang diberikan kepada saya adalah Celik Kewangan: Gaji Oh Gaji. Saya hanya mengupas tajuk yang diberikan berdasarkan statistik yang diajukan kepada saya. Apa yang saya jelaskan menerusi program itu adalah beban yang terpaksa ditanggung oleh sesetengah individu hanya untuk pulang beraya ke kampung, katanya Pengarah Eksekutif CCT, Creative Trainers (M) Sdn Bhd itu.

Menurut Syed Abdul Aziz, mengikut statistik yang diajukan oleh pengacara program berkenaan, Tazneem Faizal, 53% wanita ingin mendapatkan barangan kemas baru sempena Aidilfitri, 23% pula pasangan ingin berkahwin sempena Syawal, 18% individu atau pasangan ingi membeli kelengkapan dan perabot baru serta 8% ingin bergaya dengan kereta baru di musim perayaan ini.  “Saya hanya menjawab soalan yang diberikan dan membantu rakyat dari segi perancangan ekonomi. Kalaulah balik kampung itu dirancang dari awal, tiada masalah bagi mereka.

Mengenaikan kenyataan ‘Jangan Balik Kampung Jika Mahu Jimatkan Minyak & Tol’, ia merupakan salah faham yang besar oleh netizen, katanya.  “Mengikut statistik trend balik kampung sekarang, 53% wanita akan membeli barangan kemas hanya kerana tidak mahu ditegur oleh ibu mertua atau saudara mara kerana memakai barang kemas tahun lepas. Maka dibelanjakan wang itu untuk membeli barang kemas. Sedangkan kita semua perlu beringat bahawa keadaan ekonomi sekarang sangat mencabar bagi semua pihak terutamanya golongan berpendapatan sederhana dan rendah.

“Minyak dan kadar tol juga dikatakan akan meningkat, saya sarankan kita semua agar beringat. Ia mungkin menyusahkan bagi sesetengah individu. Jika balik kampung dan terasa terbeban dengan terdesak dan rasa dibebankan untuk tayang barang kemas baru atau kereta baru, lebih baik jangan balik kampung. Tol dan minyak juga dapat dijimatkan. Itu penjelasan sebenar saya,” katanya.  Beliau juga tidak menafikan ada segelintir individu terpaksa berhutang semata-mata hanya mahu pulang ke kampung untuk menunjuk-nunjuk pada mertua atau saudara mara.

Komen anda?

Komen

You might also like More from author

Leave A Reply

Your email address will not be published.