Jus Katak Pengganti ubat kuat Di Peru

0 10

 

jus katak untuk ubat kuat

Sudah tentu anda biasa minum pelbagai jenis jus, seperti jus buah dan sayur atau campuran kedua-duanya untuk menjaga kesihatan dan mengubati penyakit. Namun, bagaimana jika anda ditawarkan jus katak?Benar, jus katak ternyata benar-benar terbukti dan mempunyai khasiat untuk mengubati beberapa penyakit, tapi bagi orang-orang tertentu, jus ini lebih popular kerana ia boleh mengubati penyakit mati pucuk pada lelaki.Di Peru, jus seperti ini kerap disebut ‘Ubat Kuat’ kerana sangat sesuai bagi pesakit yang mengalami lemah tenaga batin. Masyarakat Peru percaya jus katak mempunyai khasiat sebagai penambah stamina. Jus katak atau extracto de rana ini sememangnya laris di pasaran tempatan Bandar Lima. Kerana, selain untuk rawatan mati pucuk, jus ini juga dapat mengubatipelbagai penyakit lain seperti, asma, bronkitis, dan lemah tubuh badan.

Kesan utama bahan di dalam jus ini mungkin berasal dari salah satu bahan yang disebut maca iaitu sejenis tanaman asal Amerika Selatan yang terkenal kerana fungsinya sebagai ubat kuat yang terbukti. Bila anda berjalan-jalan di pasar Bandar Lima, beberapa penjual jus katak akan datang melayani anda.

jus katak untuk ubat kuat jus katak untuk ubat kuat

Jika seorang pelanggan datang untuk menikmati jus katak, Carmen segera mengambil salah satu katak dari aquarium di kedai lalu meletakkkan katak tersebut di meja untuk disiangkan.Kemudian, katak itu di potong dengan 2 potongan sepanjang perutnya dan dibuang kulitnya. Carmen kemudian mencampurkan tiga sudu panas  kacang putih, dua sudu madu, dan lidah buaya serta benda yang paling penting iaitu beberapa sudu maca ke dalam blender. Setelah sebati, katak tersebut dimasukkan ke dalam adunan tersebut dan terjadi la sejenis minuman seperti susu kocak yang sangat enak.Sekurang-kurangnya ada 50 pelanggan yang datang ke kedai Carmen setiap hari untuk meminum jus katak. Mereka menikmati jus itu seperti kita di malaysia menikmati air kopi di waktu petang.

Komen anda?

Komen

Leave A Reply

Your email address will not be published.