kalau tidak bersalah,Najib boleh menunjukkan akaun banknya-Tun M

0 6

 

kalau tidak bersalah,Najib boleh menunjukkan akaun banknya-Tun M

Kontroversi mengenai dakwaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengambil dana kerajaan AS$700 juta (RM2.6 bilion) boleh dijawab jika beliau bertindak menunjukkan akaun banknya.  Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata amat mudah untuk Najib membuktikan bahawa dakwaan yang dilemparkan terhadapnya itu tidak benar berbanding menafikannya.

“Apabila ada yang membuat dakwaan terhadapnya tentang sesuatu, beliau berkata ia adalah satu komplot, mengarut, ia tidak benar.

“Buktikan bahawa ia tidak benar. Sangat mudah untuk beliau membuktikan bahawa ia tidak benar.

“Beliau mempunyai akaun-akaun bank, apa yang beliau patut buat ialah berkata: ‘Anda periksalah akaun saya, anda lihatlah,” kata Dr Mahathir dalam temu bual dengan BBC UK yang disiarkan Rabu.  Mahathir berkata demikian sebagai mengulas tuduhan Perdana Menteri bahawa beliau telah ‘berkerjasama’ dengan pihak asing dalam usaha mewujudkan krisis politik.  Najib turut menuduh Mahathir sebagai ‘mahu menjatuhkannya’ kerana enggan memenuhi kehendak bekas perdana menteri itu.

Dakwaan terhadap Mahathir dibuat selepas Wall Street Journal (WSJ), pada JUmaat melaporkan bahawa AS$700 juta dana 1MDB telah didepositkan ke dalam akaun bank peribadi Najib di Ambank.  Najib bagaimanapun telah menafikannya, menyatakan bahawa beliau tidak pernah mengambil dana kerajaan untuk kepentingan peribadi.

Mengulas lanjut Mahathir berkata penafian semata-mata adalah tidak mencukupi.

Itu hanya satu penafian. Sesuatu penilaian hanya boleh dibuat dengan bukti. Anda kata anda menafikannya, marilah kita tengok akaun-akaun tu,” katanya.

Komen anda?

Komen

Leave A Reply

Your email address will not be published.