“Kami bukan macam polis,kami tak turun padang”-pegawai SPAD

0 4

Pegawai SPAD

“Kami bukan macam polis,kami tak turun padang.Kami tak boleh buat apa2 sebenarnya”-pegawai SPAD

Kejadian tengah malam semalam di KLIA2. Saya dan rakan baru touchdown ke KLIA2 dan terpaksa ke KLIA. Jam sudah lebih 1.30 pagi, last train utk KLIA Transit dah pun lama berlepas. Nak tak nak kena amik teksi ke KLIA. Pergi ke kaunter Teksi Berkupon, katanya “RM48 kalau ke KLIA”. Oh mak kau, 7km je pun… Nevermind.
Pergi ke kaunter Teksi Bermeter. Yess… Aku tanya banyak benda utk kepastian. Dia explain, teksi biasa lebih murah dari teksi ixora. Sy ckp, kalo camtu, kami nak teksi biasa la. Kami dua orang je… – “BOLEHHH. Takde masalah. Nanti ckp je dengan diorang”, kata gadis kaunter.
Lepas kami bayar kupon rm2 sebagai registration dan bergerak ke deretan teksi, seorang pemandu teksi berbadan paling besar kat situ approach kami. Kami tanya “kereta apa ye? Kami nak teksi biasa je”. Dengan kasar dia jawab, “ixora la. Mana boleh teksi biasa”.
Terkejut dgn suara kasar pak cik tu, kami berlalu pergi. Nak approach teksi biasa. Tiba2 kami didekati seorang lelaki berbaju biru (marshal di situ katanya). Kami explain dgn ringkas, kami nak teksi biasa je. Sementara kami explain, pakcik gergasi tadi bising2 kat tepi bebel “teksi beratur”, “banyak songeh”, dan “kalau cerewet sangat pergi la call uber ke apa”.
Kami sabar dulu cakap dgn marshal. Marshal cakap “tak boleh. Teksi2 ni dah beratur. Cik kena amik ixora jugak”. Saya explain, orang kaunter td cakap boleh pilih teksi. Tak mention apa2 pun pasal beratur. Marshal dengan selamba cakap “alah, orang kaunter mmg mcm tu. Semuanya bolehhhh aja”. Eh?
Pakcik gergasi td masih bising di tepi. Kali ni dia di-back-up oleh pemandu teksi yg lain. Kami rasa mcm dibuli ramai2.
Marshal try nak redakan keadaan agaknya, lalu dia approach pemandu teksi biasa, tp semua taknak drive. Marshal kata “dekat sangat klia, diorang semua taknak bawak”. Ehhh??
Saya penat, malas nak gaduh. Saya terus call SPAD, nombor 1-800 seperti yg tertera di belakang teksi.
Perbualan kami lebih kurang mcm di bawah:
Saya: Salam, encik. Saya nak tanya. Saya di KLIA2 nak ambil teksi. Kat sini ada teksi murah dan teksi mahal, dan diorang insist kami amik yg mahal. Kami sebagai pelanggan mmg tak boleh pilih teksi ke?
SPAD: Eh, takde la. Cik boleh pilih teksi mana cik nak…
Saya: Kalau camtu, boleh encik ckp dgn diorang? (saya pass phone saya ke marshal)
Marshal (ckp dgn SPAD): Ya, saya marshal di sini. Bla bla bla… Diorang dah beratur, dah amik turn.. Bla bla… Saya tak tau la, saya BARU MASUK KERJA NI, TAK TAU APA2 (ehhh? Ayat lepas tangan ke?) bla bla bla… Mmg tak boleh… Bla bla… Encik cakap sendiri la dengan POMPUAN NI.
Marshal pass balik phone kepada saya.
Menurut SPAD, dia difahamkan yg pemandu2 di situ ada sistem sendiri. Mereka beratur nak customer. So siapa punya turn, dia la yg dpt. Nak tak nak, kami kena juga naik teksi ixora pakcik gergasi td sebab tu turn dia.
Saya tanya lagi pegawai SPAD, “jadi, sebagai pengguna, kami tak dibenarkan memilih? Kalau dapat yg mahal, terima je yg mahal? Apa hak kami sebagai pengguna?
Pegawai SPAD dengan tenang jawab “kami tak boleh buat apa2 cik. Kami SPAD je. Kami bukan polis, kami tak turun padang. Cik boleh buat aduan lepas ni”
Saya berang. “So kami patut biar kami ditipu dulu, baru buat aduan? Habis apa tugas SPAD? Amik aduan je ke?”
“Kami cuma terima laporan, dan kami cuba siasat laporan tersebut, mana tau boleh tukar sistem mengikut aduan tersebut.”
Saya tanya lagi, “benda ni mcm bukan baru. SPAD tak buat apa2 tindakan ke kat diorang ni? Takkan takde orang buat laporan sebelum ni?”
“Takde, cik. Cik ORANG PERTAMA yg pernah laporkan. Jd lepas ni cik boleh buat aduan kepada SPAD supaya kami boleh siasat…”
Saya letak telefon. So apparently, buat laporan dan buat aduan adalah dua perkara berbeza. Buat aduan dan laporan tak bermaksud anything. It’s just same old SOP. Nombor SPAD 1-800 tu hanya ilusi kononnya kita sebagai pengguna adalah dilindungi. Buatkan ilusi yg kononnya sistem teksi di Malaysia terancang, teratur, dan telus. Ilusi semata-mata kerana “SPAD bukan polis, SPAD tak boleh buat apa2 sebenarnya.”
Lalu kami biarkan saja kami naik ixora. Dengan tambang starting dan per kilometer lebih mahal. Sambil menadah telinga pakcik teksi gergasi sindir2.
So sekarang ni macam mana? Aku patut buat aduan ke SPAD? Yg aku call semalam tu bukan aduan meh?
Edit: kisah dah diedit sbb panjang sgt. Nak tau full, boleh tgk original version.
Edit 2: Ada 3 benda saya nak highlight: 1) Kita sebagai pengguna mmg takde hak utk pilih servis ke? 2)Apa tugas SPAD dalam hal ni? Apa tindakan bila mengadu? Kenapa call tak dikira sebagai aduan? 3) Perlu ke pemandu teksi tu nak marah2 jerit2 kat tepi waktu saya bercakap dgn marshal? Perlu ke nak sindir2 bila tgh drive? Sekian.

Posting ini diambil dari facebook Melly Amalina dan ditulis semula untuk artikel di hiburan dot my

 

Komen anda?

Komen

Leave A Reply

Your email address will not be published.