kanak-kanak 2 tahun diberi makan najis oleh amah

0 3

Bau busuk yang datang dari mulut seorang kanak-kanak berusia dua tahun telah mendedahkan perbuatan keji seorang amah dari Indonesia yang memberi makan najis kepada kanak-kanak berkenaan.Perkara itu terbongkar setelah nenek kepada kanak-kanak tersebut yang juga seorang ahli perniagaan merasakan ada sesuatu yang tidak kena apabila mendapati mulut cucunya dalam keadaan yang busuk ketika dia sampai sebuah rumah dua tingkat di USJ kira-kira jam 8 malam pada Khamis lepas.

kanak-kanak 2 tahun diberi makan najis oleh amah
Gambar adalah hiasan semata-mata

Timbalan Ketua Polis Subang Jaya , Superintendan Tan Ah Chua berkata nenek kepada kanak-kanak berkenaan mendapati bau busuk itu datang dari mulut cucunya dan terdapat cebisan najis berada diantara gigi-gigi kanak-kanak malang berkenaan.
Setelah disoal mengenai cebisan najis tersebut, kanak-kanak itu mengatakan yang bibiknya telah memberinya makan najis.

“Kanak-kanak tersebut berkata dia telah diberi makan najis di dalam tandas di tingkat atas“.

Selain itu nenek kepada kanak-kanak itu juga menyatakan cucunya turut termuntah sesuatu yang berbau busuk seperti najis. Menurut Superintendan Tan, amah itu sudah berkhidmat selama 3 bulan untuk keluarga berkenaan

Komen anda?

Komen

Leave A Reply

Your email address will not be published.