Kanak Kanak India Belajar Sekolah Di Bawah Jambatan

3

Kanak Kanak India Belajar Sekolah Di Bawah Jambatan

Kanak Kanak India Belajar Sekolah Di Bawah Jambatan:

Demi mengejar ilmu di zaman ini, kanak-kanak miskin di negara India sanggup belajar di sekolah bawah jambatan asalkan usaha mereka untuk mengenal huruf dapat dikecapi.

Kebiasaannya, mereka yang hidup gelandangan terlalu sukar untuk bersekolah di sekolah-sekolah yang ada memandangkan kos pendidikan terlalu tinggi.

Di New Delhi, anak-anak miskin diberi pendidikan hanya di bawah jambatan busuk sahaja.

Tidak di sekolah-sekolah besar yang mempunyai kelengkapan yang penuh seperti meja, kerusi, buku dan sebagainya.

Di sekolah itu, mereka dibekalkan dua orang guru sahaja selain dua papan hitam untuk menulis setiap ajaran dari guru-guru mereka.

Sekolah itu ditubuhkan secara percuma dengan hasrat untuk mengajar anak-anak miskin itu tentang asas matematik, kaedah membaca, menulis dan sebagainya.

Malah, setiap pelajar di sekolah itu akan belajar di sana selama tiga tahun.

Hingga kini, seramai 30 orang murid telah bersekolah di sekolah serba kekurangan itu.

Jadi, buat anak-anak muda yang masih ada peluang untuk bersekolah, memakai pakaian yang cantik dan baru, hargailah peluang untuk belajar yang diberikan.

Semoga, kita menjadi insan yang berguna untuk agama, bangsa dan negara.

Kanak Kanak India Belajar Sekolah Di Bawah Jambatan

weird-school-india

School-under-the-bridge

School-under-the-bridge-in-India

Kanak Kanak India Belajar Sekolah Di Bawah Jambatan

Komen anda?

Komen

3 Comments
  1. […] Kanak Kanak India Belajar Sekolah Di Bawah Jambatan: […]

    1. emrys says

      Terima kasih yer 🙂

Leave A Reply

Your email address will not be published.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More