Lelaki ini dedah keburukan isterinya pada wanita lain

0 21

Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua. Sepandai-pandai suami pasang sparepart, akhirnya Allah akan tunjukkan jua.  Hancur dan remuk hati seorang isteri apabila terbaca mesej WhatsApp suaminya dengan seorang wanita lain yang mendedahkan kecurangan yang telah berlaku sekian lamanya.  Di rumah, segalanya seperti biasa. Tetapi di belakang, rupanya lelaki itu memburuk-burukkan dia pada wanita lain.

“Apa yang patut saya rasa ek bila buka telefon suami ada WhatsApp seperti ini? Saya tahu saya bukan isteri yang baik, saya tahu memang saya banyak buat salah, tetapi kalau sudah tidak menyayangi saya, tak payahlah memburukan saya pada perempuan lain.

“Ambil saya dengan cara yang elok, maka pulangkan saya pada parents dengan cara yang elok juga. Kalau sudah tidak sayang, tak payah nak jaja keburukan saya. Lepaskan saya saja,” kata isteri malang itu.  Screenshot perbualan suaminya dengan wanita itu dikongsikan oleh seorang individu yang dipercayai rakan kepada mangsa.

Berdasarkan gambar, lelaki hidung belang itu berang apabila wanita simpanannya keluar dengan dua lelaki lain. Langsung dia cemburu dan mula mempertikaikan kesetiaan wanita berkenaan.

“You ada wife you kot, I tak ada suami. At leaset, I keluar dengan two guys and they are both just friends. So? Again you ada bini kot, I tak cakap apa pun?” kata wanita itu menafikan prasangka buruk lelaki itu.  Enggan menerima jawapan yang diberi, lelaki itu terus menuduh wanita itu menipunya dan tidak jujur dengannya.

“You nak cakap I tak honest dengan you? Like really, you rasa you layak ke nak cakap camtu? Sebab you pun tak completely honest dengan I. You talk shit about your wife, tak mengaku sayang dia. Truth is you do love her. I don’t get why you refuse to admit that. Apa tujuan you? You nak I anggap you tak sayang wife you? Untuk apa?” balas wanita itu.  wanita yang tidak didedahkan nama itu juga mendedahkan lelaki itu kerap menceritakan hal keburukkan isterinya sehingga membuatkan dia percaya dan bersimpati. Dia juga pernah terfikir untuk menggantikan tempat isterinya itu dan menjadi seorang isteri yang lebih baik dari sebelumnya.  Malangnya wanita itu tidak mahu menjadi isteri kedua selagi lelaki itu tidak meninggalkan isteri pertamanya.

Baca dari Kiri ke kanan,semuanya ada 6 screen shot perbualan

wanita lain

wanita lain

wanita lain

wanita lain

wanita lain

wanita lain

Komen anda?

Komen

Leave A Reply

Your email address will not be published.