Kenyataan Fitnah Ahmad Maslan jadi Viral

0 13

Kenyataan Fitnah Ahmad Maslan jadi Viral

Ketika ini mula tersebar gambar kenyataan Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan yang mendakwa rakyat tidak terkesan dengan pengumuman kenaikan petrol RON95 sebanyak 10 sen semalam.  Dalam kenyataan fitnah itu kelihatan Datuk Ahmad Maslan berkata:

“Minyak naik RM0.10 tapi KFC ramai juga orang. Beban dimana?!”

“Screenshot” kenyataan itu tersebar di laman sosial dan disebarkan lagi oleh blogger www.media-info-semasa.blogspot.com yang menyenaraikan 5 sebab Ahli Parlimen Pontian itu patut meletakkan jawatannya sebagai menteri.  Akibatnya, Timbalan Menteri Kewangan itu dikritik habis-habisan di laman sosial tanpa henti dan laman-laman sosial milik beliau juga diserang oleh rakyat Malaysia yang tidak berpuas hati.  Malangnya, ramai yang berkongsikan kenyataan itu tanpa menyelidik kesahihan kenyataan itu terlebih dahulu.

Kenyataan itu sebenarnya dikeluarkan oleh pihak pengendali page ‘troll’ Ahmad Maslan pada 1 Jun yang lalu. Kenyataan itu adalah kenyataan palsu yang diedit oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Jika dilihat pada ‘timeline’ page berkenaan, pengendali laman itu kerap memuat naik status-status yang berniat memburukkan Ahmad Maslan.  Kesannya, Datuk Ahmad Maslan menerima banyak pahala dimaki oleh netizen-netizen yang kononnya berpuasa tetapi memaki hamun orang tanpa menyelidik kesahihan sesebuah berita terlebih dahulu.

Komen anda?

Komen

Leave A Reply

Your email address will not be published.