Tarikh semakan keputusan UPSR 2016 online dan SMS

0 42

Tarikh semakan keputusan UPSR 2016 online dan SMS 

Kepada ibu bapa sekalian tahukah anda tarikh semakan keputusan UPSR 2016 online dan sms  diumumkan? Menurut kenyataan media KPM, keputusan UPSR 2016 akan diumumkan pada hari Khamis, 17 November 2016. Tahun ini,seramai 452,721 calon telah mendaftar untuk menduduki peperiksan UPSR di sebanyak 8,100 pusat peperiksaan seluruh Malaysia.

Tarikh semakan keputusan UPSR 2016 online dan SMS

 

Semakan Keputusan UPSR 2016 Online Dan SMS

Disini kami akan kongsikan kaedah cara  membuat semakan keputusan UPSR melalui beberapa medium . Calon-calon perlu hadir ke sekolah untuk mendapatkan slip keputusan penuh peperiksaan UPSR mereka. Slip keputusan boleh diambil  pada hari keputusan UPSR 2016 diumumkan bermula dari pukul 10 pagi. Disamping itu, KPM juga ada menyediakan perkhidmatan semakan melalui SMS.

  • Tarikh Keputusan UPSR 2016 Diumumkan : 17 November 2016 (Khamis)

Contoh Semakan Melalui SMS

Calon boleh menggunakan perkhidmatan semakan keputusan UPSR 2016 (result UPSR) melalui khidmat pesanan ringkas melalui mySMS ke 15888.

  • Taip UPSR [angka giliran] dan hantar ke 15888
  • Contoh: UPSR BC001A040 hantar ke 15888

Perkhidmatan SMS Keputusan UPSR 2016 ini akan diaktifkan bermula jam 10.00 pagi pada hari Khamis, 17 November 2016 sehingga jam 11.59 malam, 23 November 2016.Caj penghantaran adalah sebanyak RM0.15 manakala caj penerimaan adalah RM0.20 tidak termasuk GST. Kelewatan penerimaan SMS mungkin berlaku disebabkan trafik semakan tinggi.Perkhidmatan adalah disediakan untuk  pengguna Celcom, Maxis, Digi, U-Mobile, Tune Talk dan XOX.

Tarikh semakan keputusan UPSR 2016 online dan SMS

Semakan Online

Sistem semakan akan diaktifkan pada tarikh keputusan diumumkan secara rasmi. Walau bagaimanapun, semakan keputusan akan hanya memaparkan ringkasan keputusan.

  1. Klik SPPAT
  2. Sila masukkan No Kad Pengenalan dan No Angka Giliran pada  ruangan yang disediakan

 

Kami disini ingin mengucapkan selamat berjaya kepada calon-calon UPSR 2016 dan selamat membuat semakan keputusan UPSR 2016 online dan SMS.Semoga calon-calon semua mendapat keputusan dan kejayaan yang cemerlang. Kepada ibu bapa yang terlibat bolehlah menyimpan tarikh tersebut dalam kalendar masing-masing untuk membuat semakan untuk keputusan UPSR anak-anak anda.

 

Komen anda?

Komen

Leave A Reply

Your email address will not be published.