Kereta Api Termewah Buatan Jepun,Seven Stars

0 10

Negara Jepun memang sebuah negara yang moden dan memang mempunyai segalanya bermula dari teknologi hingga pengangkutan. Ya, salah satunya adalah kereta api super mewah bernama Seven Stars.Kereta api ini memiliki 7 gerbang serta mempunyai kapasiti 30 orang di 14 suite. Dari segi penampilan kereta api Seven Stars  ini mempunyai warna asas coklat yang membuatnya kelihatan mewah, bahkan dari luar sekalipun.

Di hujung bentuk kereta ini mempunyai kaca yang besar yang boleh membuat anda melihat landskap semasa dalam perjalanan dengan selesa dan penuh dengan kemudahan. Selain itu, juga terdapat bar mini yang khusus untuk para penumpang menikmati minuman sepuasnya.Manakala di bahagian dalaman, Seven Stars dindingnya dilapisi kayu rosewood dan maple. Sedangkan lantainya, asal diperbuat daripada kayu walnut. Kemudian, tingkap kereta disalut oleh kertas Shoji.

 

Kereta yang berteknologi tinngi dan mewah ini memerlukan dana sebanyak US $ 34 juta atau sekitar RM200 juta untuk membuatnya. Kereta ini menerokai pulau Kyushu, iaitu pulau yang terletak di paling hujung barat daya gugusan kepulauan Jepun.Jika anda ingin bersiar-siar menaiki kereta ini memerlukan dana sebanyak US $ 4,200 / orang atau sekitar RM15,000 juta yang sudah termasuk penginapan, pengangkutan hingga makanan dan minuman.

Komen anda?

Komen

Leave A Reply

Your email address will not be published.