kes dera kanak-kanak punca dari kesan perpecahan institusi rumah tangga.

0 32

Kronologi kes dera kanak-kanak punca dari kesan perpecahan institusi rumah tangga.

 

Kes penderaan adik Firdaus, remaja OKU di Seremban yang menggegarkan negara sebelum ini masih belum boleh kita lupakan. Selepas itu berderet pula laporan kes dera kanak-kanak. Kini negara digegarkan lagi dengan berita penderaan yang bersifat kebinatangan, tiada belas kasihan dan peri kemanusiaan sama sekali.

Adik Nur Zuliana Zaara Zulkifli, 5 didera selama 6 bulan. Tubuhnya bukan sahaja kurus kering dan dikatakan darahnya ketiadaan protein, malah penuh pula dengan kesan luka yang masih bernanah dan berdarah. Kepalanya retak dan luka hingga perlu dijahit. 13 tulangnya patah termasuk tulang belakang sehingga anak malang ini disahkan mengalami kecacatan kekal.

Jika adik Fairuz didera oleh ibu kandung sendiri yang bersuami baru, kini Nur Zuliana didera oleh ibu tirinya pula. Demikian kuatnya nafsu ‘berlaki’ sehingga ibu-ibu ini lupa fungsi diri. Tidak siapa boleh menerima hakikat bahawa wanita ayu yang bertudung, bahkan telah ada anak sendiri ini sangup mendera anak tirinya sedahsyat itu.

Dari FB suspek, dapat kita lihat betapa kasarnya beliau. Secara terbuka menyumpah seranah orang tua dan calun madunya sedemikian rupa.  Inilah yang dibimbangkan berlaku kepada generasi akan datang apabila berleluasanya kes pelajar perempuan kita yang bergaduh di khalayak ramai tanpa perasaan malu. Kebanyakannya hanya kerana berebut jantan yang semuanya hilang jati diri dan hanya memerhati pergaduhan itu.  Jika anda berganti isteri, janganlah jadi dayus. Anak yang lemah itu amanah Allah. Jangan biarkan anak kandung sendiri dianiaya oleh pasangan baru anda. Tegur dan nasihatilah mereka selalu biar setinggi manapun kasih anda padanya. Begitu juga jika anda berganti suami / bapa tiri anak-anak anda.

Sebelum ini suspek dilaporkan melarikan diri ke Thailand. Berita pagi ini, Isnin, 29 Jun 2015 melapurkan Polis berjaya menahan pasangan suami isteri yang dipercayai mendera kanak-kanak berusia 5 tahun ini.  Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim, ketika memaklumkan perkara itu berkata, suspek berusia 25 dan 39 tahun itu ditahan di sebuah restoran di Jalan Bayam, di sini, kira-kira jam 9 malam tadi.   Kedua-dua suspek yang juga bapa kandung serta ibu tiri mangsa itu akan direman pagi ini.  Masa depan Nur Zuliana Zaara Zulkifli, 5, gelap apabila dia disahkan bakal mengalami kecacatan kekal akibat kecederaan patah 13 tulang di seluruh badan.

Hasil pemeriksaan kesihatan mendapati mangsa mengalami beberapa kecacatan kekal seperti bongkok akibat masalah tulang belakang yang patah serta tempang kerana perbezaan panjang tulang paha kiri dan kanan.  Pengarah Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), Datuk Dr. Ghazali Hasni Md. Hassan berkata, keadaan tersebut berlaku disebabkan mangsa tidak pernah dirawat dan semua kecederaan yang dialami dibiarkan sembuh dengan sendiri sejak dia mula didera kira-kira enam bulan lalu.

Beliau berkata, 10 kesan kecederaan patah dikesan di bahagian tulang rusuk manakala tiga lagi masing-masing dikesan di bahagian tulang belakang, pinggul serta lengan kanan.  “Mangsa dipercayai terpaksa menanggung kesakitan bersendirian akibat patah tulang selama kira-kira tiga hingga enam bulan.  “Mangsa juga didapati dalam keadaan trauma di samping mengalami radang paru-paru sehingga mengganggu sistem pernafasannya. Sekarang, dia amat letih dan tidak bermaya,” katanya dalam sidang akhbar di HRPZ II di sini hari ini.

Akhbar ini hari ini melaporkan Nur Zuliana dipercayai didera oleh ibu tirinya sehingga menyebabkan kanak-kanak malang itu mengalami kecederaan patah tulang belakang, rusuk, paha termasuk dipenuhi kesan parut.

Lebih memilukan mangsa juga didakwa dibiarkan menderita tanpa sebarang rawatan sejak dia dipelihara oleh ibu tiri serta bapa kandungnya itu di Taman Rantau Mas, Rantau Panjang, Pasir Mas sejak dua tahun lalu.  Tambah Ghazali, usaha merawat Nur Zuliana yang diketuai Pakar Perubatan Kanak-kanak, Dr. Mariana Daud agak sukar kerana mangsa mengalami trauma yang teruk dan tidak mempercayai orang sekelilingnya.  Katanya, kanak-kanak itu juga mengalami kekurangan zat yang kronik menyebabkan berat badannya susut hingga 15 kilogram iaitu menyamai berat budak berusia tiga tahun.  “Mangsa berada dalam kea­daan stabil dan mampu makan melalui mulut dalam proses untuk pemulihan tenaga badan selepas dipercayai tidak diberi makan secukupnya dalam tempoh tiga hingga enam bulan,” katanya.

Komen anda?

Komen

Leave A Reply

Your email address will not be published.