Ketahanan bateri sebulan inovasi baru dari nokia

0 5

Anda bosan dengan bateri telefon pintar yang tak boleh tahan sehari? Anda hanya perlukan telefon yang boleh main lagu, tayang video, pasang lampu bila gelap dan dengar radio FM? Paling utama, anda nak bayar kurang dari RM100 untuk membeli telefon baru?

Ketahanan bateri sebulan inovasi baru dari nokia-hiburan.my-400x299

Nokia, satu nama yang telah hilang dari pasaran telefon pintar, kini muncul memperkenalkan Nokia 130. Nokia 130 merupakan telefon yang ideal untuk pengguna telefon pertama kali, ataupun untuk mereka yang perlukan telefon kedua sebagai telefon ganti ataupun hubungan dengan skandal secara rahsia.

Telefon Nokia 130 memiliki pemain lagu yang boleh memainkan lagu sehingga 46 jam berterusan, mempunyai pemain video yang boleh menayangkan video sehingga 16 jam lamanya, serta Radio FM. Baterinya yang sebesar 1020mAH mampu bersedia sehingga 36 hari serta membuat panggilan dan bercakap selama 13 jam berterusan.

Ia mempunyai skrin sebesar 1.8-inci QQVGA dan berat hanya 68.6 gram termasuk bateri. Ia mempunyai sambungan USB 2.0, Bluetooth 3.0 serta sokongan memori kad mikro-SD. Ia juga menyokong sehingga 2 sim kad untuk perhubungan dengan dua skandal yang berlainan.Bagi yang berminat, hanya perlu membayar RM85 untuk mendapatkan Nokia 130 ini, yang datang dalam 2 pilihan warna, hitam dan putih. Ia didatangkan bersama headset, kabel USB & kepala pengecas di dalam kotak.

Komen anda?

Komen

You might also like More from author

Leave A Reply

Your email address will not be published.