Kronologi kes kekecohan Plaza Low Yat dari awal hingga siasatan selesai

1 9

 

Kronologi kes kekecohan Plaza Low Yat dari awal hingga siasatan selesai

Kes kekecohan Plaza Low Yat yang seharusnya melibatkan antara pekedai, pelanggan dan pihak berkuasa nampaknya menjadi semakin hangat dan boleh menggugat keamanan negara kita. Kami tetap dengan pendirian yang kekerasan bukanlah jalan yang betul untuk menyelesaikan kes ini sebaliknya serahkan kepada pihak berkuasa untuk menjalankan amanah yang dipikul mereka. Pelbagai tuduhan dan syakwasangka dilemparkan orang ramai tentang apa yang berlaku ini tanpa mengetahui hal sebenar. Ramai yang terlalu mudah percaya dengan khabar angin melalui Facebook, Whatsapp, dan lain-lain yang lebih sengaja memarakkan lagi api kemarahan orang ramai dengan menyebarkan maklumat yang tidak tepat. Satu aduan Polis telah dibuat oleh seorang penjual, See Ming Ho, 28, yang secara tidak langsung menerima kesan dari kejadian yang berlaku di Lowyat, Kelmarin.

Kronologi kes kekecohan Plaza Low Yat dari awal hingga siasatan selesai

BERNAMA merujuk See Ming Ho sebagai pemilik kedai Lenovo yang berada berhampiran KFC. Jika anda biasa ke Low Yat, anda pasti tahu lokasi kedai Lenovo tersebut yang memerlukan anda naik beberapa anak tangga berhadapan dengan Samsung.  Menurut penerangan See Ming Ho, kejadian tersebut berpunca dari seorang lelaki yang berpura-pura ingin membeli sebuah smartphone jenis Lenovo S860. Namun ketika See Ming Ho ingin mengambil “free gift” yang datang sekali bersama phone tersebut, lelaki tersebut telahpun hilang bersama phone jenis Lenovo S860 tersebut. Kejadian berlaku lebih kurang jam 5:30 petang kelmarin.

“Saya jerit dan didengari oleh staff Oppo yang kemudiannya menghalang suspek daripada keluar dari bangunan”, jelas See Ming Ho.

Sekali lagi, siapa yang biasa ke Low Yat pasti akan tahu kedai Oppo ini berada hampir di pintu utama Low Yat arah nak ke Starbucks.

Bagaimanapun menurut The Star Online, Lenovo S860 yang berharga RM799 itu tidak dijumpai bersama suspek yang ditangkap dengan bantuan pekerja Oppo itu.

See Ming Ho telahpun membuat laporan di Balai Polis Dang Wangi. Menurutnya, penilaian orang ramai tentang kes ini bermula dari kedai Oppo yang telah menjual phone tiruan adalah tidak benar

“Mereka hanya membantu saya menangkap lelaki itu. Dia mencuri dari kedai saya (Lenovo)”, jelas See Ming Ho.
Menurutnya suspek, seorang lelaki yang tidak berpuas hati datang kembali ke Low Yat bersama sekumpulan kawannya dan menyerang pekerja dan premis Oppo.

Pihak Polis menjelaskan kerugian melebihi RM70,000 dicatatkan apabila kumpulan tersebut menebalikkan kabinet dan juga meja pameran phone yang berada di kedai tersebut. Seorang suspek kini berada dalam siasatan pihak Polis dan selebihnya masih dikesan.

 

BACA: Isu kecoh Plaza Low Yat : Pergaduhan bukan isu perkauman,polis jelas cerita dari si pengamuk

Update: Sebentar tadi akhbar New Strait Times memetik satu kenyataan pihak Polis bahawa kes ini telahpun dapat diselesaikan. Pihak Polis menjelaskan kepada NST bahawa melalui siasatan terperinci yang dilakukan, suspek, seorang lelaki berusia 22 tahun ini telah mencuri sebuah telefon pintar yang membuatkan dia ditahan oleh para pekerja Low Yat yang lain.  Pihak Polis yang telah menilai semua rakaman CCTV menunjukkan suspek sedang berbincang dengan penjual phone Lenovo tersebut sebelum mengambil phone dan cuba berlalu pergi ketika peniaga tersebut tidak melihatnya.

Kronologi kes kekecohan Plaza Low Yat dari awal hinga siasatan selesai

Jika ada sebarang perkembangan lagi tentang kejadian ini, kami akan kemaskini semula. Oh! Media mengambil kesempatan ini untuk menasihati orang ramai agar bertenang dan tidak membuat tindakan secara melulu. Kes ini seharusnya tidak melibatkan kaum sebaliknya orang ramai harus melihat kes ini sebagai kes jenayah.   Selepas ini, biarkan pihak berkuasa menjalankan siasatan dan kerja yang telah diamanahkan rakyat kepada mereka. Pergaduhan membabitkan isu perkauman jelas tidak memberikan kebaikan kepada mana-mana pihak lebih-lebih lagi di bulan Ramadhan penuh mulia ini, banyak-banyakkan bersabar dan teruslah berfikiran positif selalu.

 

Komen anda?

Komen

1 Comment
  1. sheikhul says

    betul ka report tu,,,sapa pun bole ..report…tapi kalau trbukti…katanya budak tu ada resit beli…… cine tu tipu…macamana….pihak berkuasa kena ambik tindakan pada cine tu jugak

Leave A Reply

Your email address will not be published.