Letak kereta tak sampai 10 minit,Eina azman buat pengakuan

0 6

Letak kereta tak sampai 10 minit,Eina azman buat pengakuan-hiburan.my-421x421

Aktres jelita Datin Paduka Eina Azman menyangkal dakwaan kononnya dia meletak kenderaan mewah miliknya Chevrolet Camaro di salah satu tempat mengisi minyak di sebuah stesen minyak di Seri Kembangan, Selangor untuk pergi menikmati makan malam.

“Ya, saya mengaku dengan hati yang jujur itu adalah kereta saya dan memang saya dan suami meletakkan kenderaan kami di situ pada malam berkenaan.”Sebenarnya pada malam itu, saya dan suami dalam perjalanan ke Seremban untuk menghadiri mesyuarat. Saya letak kenderaan di situ hanya dalam tempoh tidak sampai 10 minit. Saya dan suami masuk ke dalam kedai untuk beli barang makanan, bukan pergi ke restoran Subway untuk makan seperti yang didakwa,” katanya kepada Kosmo!Tambah Eina lagi, ia bukan satu kesalahan kerana ia adalah perkara biasa jika sedang dalam perjalanan jauh dan akan berhenti di mana-mana stesen minyak untuk mengisi minyak dan membeli barang makanan.Dalam pada itu, Eina atau nama sebenarnya Ainur Syakina Azman berkata, dakwaan tersebut adalah fitnah kepadanya. “Jika benar mahu buktikan saya benar-benar bersalah dalam hal ini, mengapa tidak ambil gambar saya sedang makan?

“Kalau betul mahu reka cerita, jangan melampau sampai tahap begini. Saya letak kenderaan betul-betul dalam kotak kuning. Bukan saya letak di tengah jalan sehingga menggangu laluan pengguna lain.”Sementara itu, aktres berusia 19 tahun itu turut terkilan dengan kontroversi ini kerana ia membuatnya berasa tertekan.”Perkara ini benar-benar buat saya tertekan. Mengapa perkara remeh sebegitu pun ada juga pihak tidak bertanggungjawab mahu jadikan isu? Namun, apa yang paling mengecewakan saya, ramai orang di luar sana percaya dengan cerita tersebut.”Baru sahaja baca cerita itu, terus percaya tanpa mahu fikir dengan logic akal. Kalau betul ada pihak yang tidak berpuas hati, boleh pergi periksa rakaman kamera televisyen tertutup (CCTV) di pam minyak tersebut. Lihat sendiri apa yang berlaku sebenarnya pada malam itu.”

Komen anda?

Komen

Leave A Reply

Your email address will not be published.