Lihat Permukaan Matahari Sempena Ulang Tahun Planetarium Negara

2

Lihat Permukaan Matahari Sempena Ulang Tahun Planetarium Negara

Lihat Permukaan Matahari Sempena Ulang Tahun Planetarium Negara:

KUALA LUMPUR — Orang ramai berpeluang melihat permukaan matahari menerusi teleskop sempena ulang tahun Planetarium Negara ke-19 Khamis ini.

Dalam satu kenyataan, Agensi Angkasa Negara (Angkasa) berkata, buat pertama kali Planetarium Negara akan membuka Balai Cerap kepada umum untuk melihat keadaan itu.

“Permukaan matahari boleh dilihat dengan mata kasar menggunakan teleskop robotik C14 bersaiz 14 inci yang pertama di Malaysia,” katanya.

Sempena sambutan ulang tahun itu, akan turut diadakan tayangan filem sains fiksyen terbaharu bertajuk ‘Journey To The Star’ dan ‘Across The Universe:The Voyager Show’, selain syarahan umum mengenai sains angkasa dan informasi berkenaan fenomena angkasa yang akan berlaku tahun ini.

Orang ramai dijemput hadir menyertai sambutan ulang tahun itu bermula pukul 9 pagi hingga 4.30 petang.— BERNAMA

Lihat Permukaan Matahari Sempena Ulang Tahun Planetarium Negara

Komen anda?

Komen

2 Comments
  1. Aya says

    Seronoknya kalau dapat pergi tengok.. 🙂

    1. emrys says

      jom kita pergi sama2 kak 😉

Leave A Reply

Your email address will not be published.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More