Mangsa “culik” di Klang pernah dirogol bekas teman lelaki

0 18

Mangsa "culik"

Mangsa “culik” di Klang -Seorang remaja lelaki berusia 18 tahun mengaku bersalah di Mahkamah Majistret hari ini bagi tuduhan merogol gadis yang mendakwa dirinya diculik di Bandar Sultan Suleiman, Pelabuhan Klang, Disember dua tahun lalu, lapor Harian Metro.

Kisah Mangsa “culik” sebelum ini:Kronologi kes penculikan Nur Amirah Atirah Di Klang

Tertuduh yang bekerja sebagai penyembur asap nyamuk itu didakwa melakukan perbuatan itu ketika gadis itu berusia 13 tahun 6 bulan, jam 12 tengah hari di sebuah kediaman di Bandar Sultan Suleiman, dua tahun yang lalu.  Majistret Nor Asma Ahmad menetapkan sebutan semula kes pada 14 Januari depan.

Lapor Utusan Malaysia, tertuduh yang kelihatan ‘lurus bendul’ itu tidak diwakili peguam. Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan, jika disabitkan bersalah, boleh dikenakan hukuman penjaran 20 tahun dan sebatan.  Tertuduh dibenarkan diikat jamin RM1,000 dengan dua penjamin iaitu ibu bapanya. Remaja itu juga dikehendaki melaporkan diri setiap dua minggu di balai polis berhampiran

P/s: Gadis yang sama tetapi  dua lelaki yang berlainan..Dulu-dulu pun dia dah nakal..

 

Komen anda?

Komen

Leave A Reply

Your email address will not be published.