Mangsa culik Nur Amirah Athirah ditemui selamat bersama teman lelaki

0 13

kes penculikan Nur Amirah Atirah

 

Mangsa culik Nur Amirah Athirah ditemui selamat-Sebenarnya pada permulaan kami berasa berita ini masih samar-samar kepastiannya tetapi setelah melihatnya dimuatnaik oleh laman yang berkaitan polis jadi kami memandang serius dakwaan cerita yang disampaikan ini.

Sebuah laman media sosial ‘Pertubuhan Anak Polis Malaysia (PAPM)‘ telah mendakwa sebenarnya Nur Amirah Athirah lari bersama teman lelaki yang baru ditemuinya dan mereka cerita bahawa dia telah diculik oleh individu tertentu. Kisah kanak-kanak ini menjadi viral sehingga menarik perhatian akhbar dan televisyen.

 

Mangsa culik Nur Amirah Athirah ditemui selamat

 

Memetik dari status dari laman sosial tersebut:

“Selamat Tahun Baru 2016, admin ingatkan tk nak marah2, tp di awal tahun baru ni admin mmg rasa nak maki budak bernama Nur Amirah ni, mmg cela%a nya budak..penipu..
Untuk pengetahuan dan makluman semua, budak nama amirah tu sudah berjaya ditemui oleh sepasukan pasukan khas yg dibentuk, dia didapati telah keluar dengan TEMAN LELAKI YANG BARU DIKENALI selama seminggu dan ikut tidur dirumah suspek.
So sekarang kita sendiri tahu bagaimana manipulasi emosi memainkan peranan bagi mengiyakan sesuatu tindakan.
Mmb ba alip ba ya Nur Amirah…ba alip ba ya kau ni..
Menyusahkan polis dan orang ramai
-NZ-“

 

Berita sebelum ini: Kronologi kes penculikan Nur Amirah Atirah Di Klang

 

Kami rasa kesamaran dalam berita ini dan telah menghantar sistem pesanan ringkas(SMS)kepada pegawai polis yang menguruskan kes ini untuk kepastian.Kami akan updatekan dari masa ke masa untuk berita yang terbaru

Berita Terbaru:

Memetik laporan Harian Metro, pihak polis dilaporkan telah menemui beliau selamat bersama lelaki dipercayai teman lelakinya di depan stesen minyak di Banting, 8 malam tadi.  Ketua Polis Selangor, Datuk Abdul Samah Mat berkata, remaja itu dan lelaki terbabit ditemui sepasukan anggota polis yang menjalankan operasi menjejakinya di dalam kereta.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati mangsa sengaja mengadakan cerita dirinya diculik.

“Kita berjaya menjejakinya sejak tengah hari semalam dan mengekorinya hingga ke Putrajaya sebelum menahan kedua-duanya di depan stesen minyak terbabit malam tadi.

“Mangsa dikatakan buat begini kerana hendak bebas namun siasatan lanjut masih dijalankan,” katanya ketika dihubungi sebentar tadi.

Berita ini juga disahkan oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar di laman Twitternya

Mangsa culik Nur Amirah Athirah

Manakala Twitter Berita Harian juga telah mengaluarkan kenyataan ini di mana agensi berita itu juga mengesahkan Nur Amirah dijumpai di Banting kira-kira jam 10 malam semalam.

Mangsa culik Nur Amirah Athirah

Selain berita harian Twitter agensi  berita Sinar Harian juga telah mengesahkan hal yang sama

Mangsa culik Nur Amirah Athirah

 

Laman facebook milik seorang  saudara yang di dakwa kepada mangsa juga sudah hilang dari carian Facebook. Kami telah selidik dan membuat  carian keatas individu bernama ‘Hazi Aziey’ yang sebelum ini mengaku saudara terdekat mangsa memuatnaik satu status menceritakan kejadian sebenar kes penculikan kanak-kanak 14 tahun di Klang, Amirah Athirah.

Mangsa culik Nur Amirah Athirah ditemui selamat

Komen anda?

Komen

Leave A Reply

Your email address will not be published.