Sila Join Telegram Rasmi PORTAL INFO BANTUAN KERAJAAN.Sebarang kemaskini terbaru,kami akan update di Telegram Rasmi Kami.

Menarik: 5 Destinasi Bulan Madu Terbaik Di Dunia

0 1,003

Bulan madu selepas berkahwin untuk berehat dan mengabadikan cinta

Bulan madu adalah masa yang sangat istimewa terutamanya pada pengantin yg baru sahaja melangsungkan perkahwinan.Inilah masa yang sangat sesuai utuk meninggalkan kesibukan kota dan menumpukan perhatian pada pasangan masing-masing sbagai tanda cinta selepas berkahwin

Walaupun bulan madu boleh dinikmati dimana sahaja tetapi ada beberapa tempat di dunia yang pastinya dapat menzahirkan cinta anda pada pasangan dan dapat dijadikan ingatan sampai bila-bila.

Jom kita semak destinasi bulan madu terbaik di dunia yg dapat memberi memori berharga kepada pasangan kita:

1.Hawaii

bulan madu di hawaii
Hawaii (Photo credit: R. J. Malfalfa)

Dengan semua kemudahan dan kelengkapan yang di tawarkan di Hawaii ia menjadikan Hawaii salah satu tempat yang menarik untuk berbulan madu dan merupakan salah satu destinasi yang sangat popular di kalangan pelancong.Banyak resort  5 bintang dan vila pantai yang mewah dan sememangnya menawarkan pelbagai kemudahan untuk anda di sana.Manakala desa eko resort disana menampilkan satu pengalaman yang sebenar tentang keindahan Hawaii yang sebenar

Terdiri daripada beratus-ratus kepulauan yang merangkumi Lautan Pasifik  kira-kira 1,500 batu, pulau-pulau yang paling terkenal Hawaii termasuk pulau besar itu sendiri (Hawaii), Maui, dan Oahu. Dalam pulau-pulau ini anda akan menemui setiap jenis tarikan yang mungkin membawa anda kepada satu pengalaman yang tidak dapat di lupakan – dari sukan air seperti menyelam skuba dan parasailing dengan aktiviti berjalan di dalam hutan sambil menikmati alam semula jadi seperti gunung berapi dan berbasikal di tepi gunung. Sudah tentu, luau atau tradisional perayaan Hawaii mungkin berakhir dengan penuh keseronokan sebelum anda balik ke bilik hotel anda untuk menikmati malam-malam yang romantik

2. Rome dan Bandar Itali yang lain

bulan madu di rome
Rome (Photo credit: Neogene)

Jika anda sukakan destinasi  yang yang penuh dengan daya tarikan sejarah dunia lama dan cinta, maka anda tidak perlu teragak-agak untuk memilih Itali sebagai destinasi bulan madu anda. Itali sudah pasti salah satu destinasi bulan madu terbaik di dunia . Tiada yang lebih menarik daripada dapat berjalan berpegangan tangan di cobblestone streets sambil menikmati dan mengagumi seni bina yang menakjubkan di sekeliling anda.

Terdapat juga banyak gereja klasik , muzium yang menarik , galeri seni yang menakjubkan , bistro, dan kafe untuk anda dan orang  tersayang  untuk di nikmati. Walaupun ia amat sukar untuk anda membuat keputusan di mana kawasan tertentu dalam negara tersebut untuk anda melawat, ia membantu jika anda tahu tempat yang anda minati.

Rom mempunyai tempat yang menarik untuk dilawati  yang akan meninggalkan anda seribu satu kenangan untuk anda dan pasangan anda. Tuscany mempunyai banyak bukit-bukau dan menyediakan latar belakang yang paling romantis seperti anda berada di kayangan. Budaya dan pusat membeli-belah yang hebat membuat Florence tempat bulan madu yang  mesti anda lawati , manakala panorama yang menakjubkan gunung dan tasik menyebabkan Lake Como destinasi yang sangat menyeronokkan . Milan dan Venice adalah salah satu tempat yang harus dan perlu ada dalam checklist anda bila berada di Itali.

3. Paris,Perancis

bulan madu di paris
Paris (Photo credit: Moyan Brenn)

Senarai 5 destinasi terbaik bulan madu di dunia tidak akan lengkap tanpa Perancis di mana anda akan menemui City of Lights ! Paris adalah destinasi bulan madu yang paling romantik, bukan sahaja untuk pasangan pengantin tetapi juga untuk semua pelancong .

Berjalan di sekitar bandaraya Paris sudah cukup untuk memberi anda kepuasan menikmati pemandangan kota bercahaya tersebut.Apabila anda memilih mana-mana hotel di Paris,anda pasti akan  dilayan seperti pasangan diraja makan malam romantik dan mewah dibawah cahaya lilin yang sukar untuk dilupakan. Banyak koleksi seni yang menarik untuk peminat seni di mana-mana sahaja .

Pemandangan yang menakjubkan serta muzium yang indah, seni bina yang mengkagumkan  dan gereja-gereja purba. Ironinya Menara Eiffel yang sangat bercahaya sukar untuk dilupakan. Paris penuh dengan pemandangan cantik , shopping mall yang bertaraf dunia, restoran yang hebat, dan suasana yang sangat romantik untuk anda dan pasangan anda. Anda pasti tidak akan melupakan memori dan tempat  yang  anda  lawati di Perancis.

4.Bora-bora, Polinesia Perancis

bulan madu di bora-bora
Bora Bora (Photo credit: Raven’s Witch)

Terletak di Polinesia Perancis, Bora Bora pasti sangat berbaloi  untuk disenaraikan sebagai salah satu destinasi bulan madu terbaik di dunia. Ia mempunyai air yang sangat jernih , pantai berpasir putih yang halus, dan juga beberapa tarikan lain yang membuat pulau ini layak untuk dikunjungi. Banyak  senarai resort yang anda boleh tinggal dengan penginapan yang terdiri daripada bilik-bilik mewah hingga ke villa yang dibuat dari  jerami yang  didirikan di atas tiang.

Terdapat juga pelbagai aktiviti yang anda boleh lakukan selain daripada berenang di perairan pantai seperti menyewa helikopter untuk melihat pemandangan dan mengagumi keindahan Bora Bora dari atas. Ini merupakan satu cabaran dan pengalaman yang tidak dapat dilupakan .

5. The Bahamas

bulan madu di bahamas
Bahamas (Photo credit: Leon Brocard)

Tidak ada tempat yang lebih baik untuk bulan madu selain daripada Bahamas! Bahamas sangat berbeza apabila Columbus menemuinya pada tahun 1492, Bahamas kini penuh dengan pemandangan yg eksotik dan keselesaan syurga dunia namun  masih mengekalkan keaslian semulajadinya.

Rangkaian pulau yang sangat menarik adalah tempat yang sesuai untuk anda menikmati pengembaraan seperti meneroka kapal karam , menyelam gua bawah air dan berenang skuba. Terumbu karang warna-warni yang sangat menarik tidak patut anda lepaskan .Pilihan hotel, resort, dan B & B untuk dipilih sangat banyak. Keindahan dan pemandangan pantai yang sangat  mengkagumkan adalah pilihan yang sangat tepat untuk anda memilih Bahamas sebagai destinasi utama bulan madu anda.

Leave A Reply

Your email address will not be published.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More

Jom Share Pada mereka yang belum Baca!

Post Image
TUTUP
Share via