Mencium dahi Isteri di khalayak ramai adakah dibenarkan?

0 13

Mencium dahi Isteri di khalayak ramai

Mencium dahi isteri di khalayk ramai,adakah dibolehkan?

Cium dahi selepas akad di masjid atau di khalayak ramai. Macam satu dari agenda akad nikah. Boleh atau tidak?

Pertama sekali, kita rujuk sunnah nabi. Nabi tak pernah buat begini. Nabi pernah cium pipi isteri ketika di dalam rumah dan dilihat oleh sahabat. Itu cerita dalam rumah.Cerita bercium selepas akad ini ada pengaruh agama Kristian. Pengaruh ini ditiru oleh para artis. Lalu mereka yang ‘bersunnahkan’ artis ini terus menirunya seperti banyak hal yang lain lagi seperti bersanding, tunjuk anak dalam perut, tunjuk perut boroi mengandung dan lain-lain.

Jika sekadar bersalaman, tunduk mencium tangan itu biasalah. Jika akad dalam masjid, lagilah kena dijaga adab dalam masjid. Tentulah bercium itu perbuatan yang tidak sesuai walaupun hubungan halal kerana ia dilakukan di khalayak dan di rumah Allah.

Jangan kerana ianya halal, suatu hari nanti orang akan buat lebih banyak perkara halal suami isteri di rumah Allah. Dalam hubungan suami isteri, ada perkara yang perlu disembunyikan dari khalayak. Setakat berpegangan tangan, bersalaman itu sudah cukup. Perbuatan yang lain-lain tidak perlu ditunjukkan pada orang lain.

Ada juga yang kata Tok Iman tidak melarang perbuatan itu. Ada pula imam yang berfikir tidak mahu merosakkan mood dan majlis orang, bimbang jatuh maruah orang yang ditegur di khalayak ramai. Tetapi dia membenci di dalam hati.Nak kahwin, kahwinlah tetapi tak payahlah nak menunjuk nak berlebih-lebih dari apa yang nabi buat kerana berbuat dosa semasa akad, bimbang keberkatan perkahwinan pun hilang.

Seronok tidak menentu sehingga kerobek dalam perut isteri pun nak ditunjukkan pada seluruh dunia. Kerja Allah yang sedang membentuk anaknya dalam perut adalah ibarat mendedahkan rahsia Allah yang disembunyikan dalam perut dan belum dilahirkan.

Apa kata kalau Allah tidak sempurnakan anak itu kerana ibu bapanya berasa seronok secara keterlaluan, kerana Allah Maha Kuasa Menentukan apa saja. Biarlah Allah melaksanakan anugerahnya tanpa dijaja. Sepatutnya gambaran dalam perut hanya untuk alasan perubatan sahaja.

Seperkara lagi, jika akad di masjid, pengantin haruslah berpakaian sesuai dengan masjid. Bukannya pakaian pengantin seperti ikan duyung selepas itu solat berimam pula dengan pakaian itu. Menampakkan susuk tubuh itu juga aurat walau tertutup. Sebab itu orang guna telekung untuk menghilangkan susuk tubuh di masjid.Bahkan, sepatutnya di luar masjid pun berbuat demikian. Selepas akad nikah, bawa jurugambar pergi ambil gambar di hutan, dalam bendang, dalam kebun dan dipamerkan kepada seluruh dunia. Peluk sana sini pelbagai gaya buat muka manja untuk apa? Nak tunjuk pada dunia? Pada kawan? Fikir banyak kali, adakah boleh isteri ditunjuk sedemikian rupa? Ini bukan budaya Islam, ini budaya orang lain yang bercanggahan dengan agama Islam.

Perkara pergaulan suami isteri di luar rumah dan di khalayak patut dibataskan dengan perasaan malu, jangan seronok tak menentu, tayang isteri putih gebu. Naik motosikal berpelukan itu okay kerana takut terjatuh tetapi rakam gambar peluk sana sini tunjuk pada seluruh dunia itu buat dosa sahaja.

Lebih teruk lagi, gambar isteri yang kelabu hitam, orang kampung saya kata sam-sam disunting bagi puteh pang, putih seputihnya, itu sudah tertakluk kepada riak dan menunjuk-nunjuk.Isteri dan apa yang ada padanya adalah rahsia untuk suami. Suami yang mengizinkan kesemua itu ditayangkan beroleh dosa dan bersifat dayus. Menayang kecantikan rupa tubuh badan tidak termasuk dalam amalan iman.

Ingatlah perkahwinan adalah gerbang hidup. Jika ia tercemar dengan dosa, seluruh hidup terseret sama. Berkahwin memang seronok, tetapi jaga batas agama. Dipetik dari Facebook  Abd Ghani Haron dan ditulis semula untuk artikel di hiburan.my 

Komen anda?

Komen

Leave A Reply

Your email address will not be published.